SATU video menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning, V. Ganabatirau naik angin ketika melakukan pemantauan isu banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam tular di laman sosial.
Video berdurasi 2 minit 42 saat itu menunjukkan Adup DAP itu marah-marah dipercayai selepas tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di lokasi.
Di sebalik penularan video itu, netizen berpendapat, Ganabatirau tidak boleh menunding jari terhadap pihak JPS sahaja kerana beliau sendiri pun dikatakan lambat bertindak dalam usaha menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi penduduk.
"Punya lama baru nampak muka ya, (datang) siap marah-marah lagi. Maklumlah dah tau pilihan raya nak dekat.
"Tiga penggal isu banjir di kawasan ini tidak selesai, apa lu bikin?," soal Mohd Azhar Osman menerusi status di laman Facebook dengan menyertakan video tersebut.
Menerusi video itu, Ganabatirau berkata, masih tidak ada satu solusi daripada pihak JPS sedangkan isu banjir di Taman Sri Muda sudah berlarutan sejak sekian lama.
"Kerja bodoh ini macam, tak boleh buat kerja. Itu menunjukkan tiada perancangan. Tak tau baca punya orang. Awak bukan jurutera bertauliah kalau perkara sebegini pun tak dapat diselesaikan," katanya.
ANTARA komen yang ditinggalkan netizen sebagai reaksi terhadap video tular Ganabatirau. — Facebook
Ganabatirau turut memuat naik video tersebut di laman Facebooknya pada Sabtu dengan menjelaskan kedudukannya berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan alasan pihak JPS yang didakwa tidak melaksanakan kerja dengan baik.
Netizen bagaimanapun berpendapat, tindakan Ganabatirau memuat naik video itu seolah-olah berniat memalukan individu di dalam video berkenaan.
Warganet juga sepakat bahawa tindakan Exco Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin itu memaki hamun pegawai JPS di khalayak ramai adalah tidak wajar.
"Nak tegur, nak marah, nak maki sekalipun biarlah dalam bilik mesyuarat. Bukan di khalayak ramai. Penjawat awam pun ada air muka dan ada ahli keluarga.
"Ambil perhatian orang-orang Melaka. Ingat DAP, tolong ingat kurang ajar, biadab, zalim dan pembohong," tulis Mohd Faisal sebagai reaksi kepada video tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram