Dos penggalak: 'Kalau kerajaan tak berani tanggungjawab, macam mana rakyat nak percaya?'


ISMAIL Sabri galak orang ramai mengambil suntikan vaksin bagi menikmati pelbagai keistimewaan. — Bernama
GOLONGAN warganet menyuarakan pendapat berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berhubung kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk mewajibkan vaksinasi.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Ismail Sabri dalam satu sidang media di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menurut Ismail Sabri, individu yang belum mengambil suntikan vaksin Covid-19, digalakkan berbuat demikian bagi menikmati pelbagai keistimewaan diberikan oleh kerajaan.

"Kerajaan kena bagi keyakinan kepada rakyat. Kerajaan wajib bertanggungjawab jika terjadi apa-apa kepada rakyat.
Komen

Antara komen netizen berhubung dos penggalak.


"Jangan nak beratkan sebelah. Kalau kerajaan tak berani tanggungjawab, macam mana rakyat nak percaya.

"Jika berlaku apa-apa kepada rakyat, kerajaan wajib beri RM1 juta (pampasan) kepada rakyat yang terkesan itu. Benda elok dan bagus buat apa nak was-waskan," kata seorang pengguna Facebook, Azman Man.

Pada Jumaat, Ismail Sabri mengumumkan negara kini beralih sepenuhnya kepada Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). — Majoriti

vaksin, Facebook, Ismail Sabri, SOP, PPN