KENYATAAN Senator Mohd Apandi Mohamad pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Negara pada Rabu berhubung pengaruh drama Korea terhadap kes bunuh diri di negara ini, mencetuskan kritikan dalam kalangan warganet.
Dakwa Mohd Apandi, kebanyakan kes bunuh diri dalam kalangan remaja di negara ini kerana terdorong dengan pengaruh drama Korea.
Menurut seorang pengguna Twitter, @AmarHassh, antara faktor kes bunuh diri meningkat adalah disebabkan oleh masalah kewangan akibat pandemik.
"Kes bunuh diri naik sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebab ramai tidak tahan hidup susah, tiada kerja atau gaji terlalu rendah dan pada sama sama Ahli-Ahli Parlimen terima gaji yang tinggi tetapi tidak buat kerja atau menunjukkan hasil kerja cincai," katanya.
Bagi seorang lagi pengguna Twitter, @afiqahnor1, kenyataan Mohd Apandi itu merupakan sesuatu yang sensitif terhadap golongan yang berdepan tekanan.
"Ahli politik perlu meneliti semula kenyataan ini kerana tiada fakta sahih tentangnya," ujarnya.
Sementara itu, menurut pengguna Twitter @hynurmne, masalah tekanan mental perlu dikaji dengan lebih mendalam sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan.
"Ini berkenaan kesihatan mental. Anda tahu masalah mereka? Anda tidak tahu dan tiba-tiba mengaitkan punca yang langsung tidak logik? Pernah anda mendengar mana-mana ahli psikologi yang mengatakan pengaruh (drama Korea) adalah punca bunuh diri? Ini tentang betapa kuatnya mental itu.
"Kesihatan mental dan bunuh diri bukan satu perkara kelakar. Terdapat ramai orang yang masih bergelut dengan kesihatan mental mereka dan melawan perasan mereka untuk tidak membunuh diri disebabkan kesihatan mental atau masalah mereka," jelasnya. — Majoriti