KENYATAAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan propaganda segelintir pihak mahu menyalahkan Umno di sebalik apa yang berlaku di Melaka sebagai tidak rasional, dilihat menerima kecaman daripada pelbagai pihak.
Seperti biasa, para netizen tidak lekang melaksanakan tugas mereka sebagai pembangkang media sosial, yang rata-ratanya tidak mahu mendengar penjelasan Presiden Umno itu.
Menempelak perkara itu, pengguna Facebook dikenali Cikk Mie berkata, dia hairan kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu seolah-olah mahu menyalahkan parti lain, sedangkan partinya yang membuat huru-hara pada negara.
"Berundur Wak Jahid kamu tak memimpin parti keramat. Kamu yang tidak keramat lagi," katanya.
Siti Ashikin Abd Rahman pula berkata: "Parti sendiri bermasalah salahkan orang pulak wak ni."
Muhammad Muqoddim turut menyifatkan bahawa Umno merosakkan demokrasi di dalam negara ini.
"Nak nafikan apa. Yang kalah PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) pun boleh jadi kerajaan," katanya.
Antara komen-komen netizen di laman Facebook.
Pada masa sama, Anas Mohamad berkata, Umno akan rosak selagi beliau memegang jawatan sebagai Presiden dalam parti itu.
"Tapi lagi rosak akar umbi yang masih menyokong orang macam ni," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid menyifatkan propaganda mahu menyalahkan Umno di sebalik apa yang berlaku di Melaka sebagai tidak rasional kerana wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Bebas turut terlibat.
Menurutnya, secara tepat, seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Umno, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan Bebas terlibat dalam apa yang berlaku di Melaka.
“Secara harfiah (literally), apa yang terjadi disebabkan masalah dalaman di Melaka dan ia melibatkan wakil rakyat daripada beberapa parti yang diketahui," jelas Ahmad Zahid. — Majoriti