SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara, sambutan kemerdekaan tidaklah dilanjurkan semeriah dulu.
Tahun ini dengan keadaan kes yang membimbangkan, hari kebangsaan hanya dirai tanpa adanya perarakan besar-besaran.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam muat naik status di laman sosial Facebook hari ini menzahirkan ucapan Hari Kerdekaan dengan perkongsian video yang menyentuh hati.
Memperingati perjuangan tokoh-tokoh negara yang memperjuangkan kemerdekaan. Beliau berharap agar rakyat Malaysia dapat terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni serta mempertahankan kemerdekaan yang telah dikecapi selama 64 tahun ini.
" Kedamaian yang kita peroleh hari ini, adalah hasil perjuangan pahlawan kita hingga ke titisan darah terakhir.
"Kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar, perlu mempunyai hati yang luhur, ikhlas dan berjiwa besar untuk menggendong perjuangan yang penuh bermakna ini di dalam sebuah tekad yang harmoni.
"Di bumi berdaulat ini, terkandung anak-anak Malaysia yang tinggi nilai jati diri dan taat setia untuk ibu pertiwi.," tulis beliau.
Ucapan Perdana Menteri itu, mendapat ratusan komen daripada warga Facebook yang memberi pelbagai reaksi termasuk meninggalkan ucapan Hari Kemerdekaan.
Terdapat salah satu komen yang menarik perhatian NetzKorner daripada pemilik akaun Syahrulzaman Ibrahim yang menyatakan tentang penghayatan erti kemerdekaan dalam kalangan masyarakat hari ini.
Dalam komen itu Syahrulzaman menulis, "Tapi sayang..masih ramai rakyat malaysia tidak menghayati erti kemerdekaan...kita dapat lihat dikediaman sesetengahnya tidak mengibarkan jalur gemilang...yang hanya setahun sekali."
Komen itu turut dibalas oleh seorang pemilik akaun, Muhammad Nur Fahmi yang bersetuju dengan pendapat itu.
Tulisnya, "Betul, saya ada juga lihat ada segelintir orang ketawa bila lihat kenderaan yg penuh dihiasi dengan corak kemerdekaan"
Tidak dinafikan dengan melihat keghairahan masyarakat hari ini untuk menyambut kemerdekaan dilihat berbeza berbanding dahulu.
Mungkin kerana pandemik atau penghayatan kemerdekaan yang semakin menipis, kibaran jalur gemilang di kereta tidak sebanyak seperti era 90-an dahulu.
Generasi maasa kini pun mungkin ada yang tidak tahu tentang lagu-lagu patriotik yang dahulu sentiasa menjadi siualan semasa zaman kemerdekaan.
Menipisnya penghayatan kemerdekaan dalam kalangan masyarakat bukanlah sesuatu isu yang baru tetapi telah dibincangkan sejak peralihan era millenium.
Apa tindakan dan bagaimana untuk menghalang ia semakin luntur dalam jiwa masyarakat perlu diperhalusi supaya generasi akan datang masih mempunyai nilai patriotisme yang tinggi.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram