Sultan Selangor minta rakyat jangan pentingkan diri sendiri


  • Primer
  • Isnin, 30 Ogos 2021

SULTAN Sharafuddin Idris Shah minta rakyat tidak pentingkan diri sendiri dan hayati erti kemerdekaan. — Facebook/Selangor Royal Office

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah meminta rakyat supaya tidak bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak menolak daripada menerima suntikan vaksin Covid-19.

Ini kerana titah Baginda, penolakan terhadap vaksin mampu menjejas misi negara untuk capai imuniti kelompok.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office bersempena Hari Kebangsaan esok, Baginda turut bertitah supaya seluruh rakyat mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP).

sultan

POSTING yang dimuatnaik laman Facebook Selangor Royal Office.

“Baginda ingin mengingatkan kepada rakyat jelata agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan segera mengambil suntikan vaksin Covid-19 masing-masing," menurut kenyataan itu.

Dalam masa sama, Baginda turut bertitah agar setiap rakyat menghayati erti kemerdekaan sebenar di samping menghargai perjuangan tokoh-tokoh terdahulu ke arah mencapai kemerdekaan negara pada 1957.

Kenyataan itu juga menyebut Baginda amat berterima kasih dan terharu dengan pengorbanan petugas-petugas berkenaan dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan serta sentiasa diberi kekuatan untuk berkhidmat demi kesejahteraan rakyat jelata.

"Baginda mahu penghargaan sama ditujukan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang sedang berjuang merawat dan menguruskan wabak Covid-19 ketika ini, khususnya kakitangan hospital serta pihak-pihak yang terlibat secara langsung seperti pengurusan jenazah dan pengebumian.” – Astro Awani

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

sultan selangor, covid, vaksin