Orang terdekat juga tak senang lihat kita bahagia


  • Mukmin
  • Sabtu, 08 Jan 2022

ADAKALANYA jauh di lubuk orang terdekat kita mahu nikmat dikecapi kita hilang dan gembira jika ia terjadi. — Gambar hiasan

SETIAP individu mendefinisikan kebahagiaan dengan cara berbeza.

Adakalanya seseorang itu bahagia apabila hidupnya diberi kemewahan wang, dan ada yang berasa bahagia apabila diberi cukup kasih sayang oleh orang sekeliling.

Kebiasaanya, apabila seseorang itu mengecapi bahagia, orang-orang tersayang mereka turut berasa bahagia.

Namun, Dr Kamilin Jamilin mendakwa, adakalanya orang yang tidak gembira apabila melihat kebahagiaan dan nikmat yang kita kecapi adalah insan di sekeliling kita meskipun terzahir senyuman palsu di bibir mereka.

Pensyarah di Fakulti Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu berkata, individu tersebut termasuk rakan, teman seperjuangan mahupun keluarga.

“Mereka merasakan kelebihan kita atau kehadiran kita boleh mengurangkan rezeki mereka,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook.

Sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda: “Salah seorang dari kamu tidak akan mati sehingga telah disempurnakan rezeki (yang telah ditentukan buat)nya.” Hadis Riwayat al-Bayhaqi

Mengulas lanjut, Kamilin berkata, individu yang tidak senang dengan kebahagiaan orang lain lupa bahawa urusan duniawi seharusnya saling melengkapi, dan bukannya saling menyaingi.

“Semakin bertambah nikmat kita, maka semakin bertambahlah iri hati mereka.

“Jauh di lubuk hati, mereka mengidamkan nikmat tersebut hilang dari kita dan gembira jika ia terjadi,” katanya.

271305973_3275079992720217_4098919848560701453_n

DOA yang dikongsikan oleh Kamilin di laman Facebooknya.

Justeru, beliau turut berkongsi sebuah doa sekiranya orang lain tidak senang melihat kebahagiaan orang lain.

“Tertarik dengan doa yang tertera di dalam poster ini: “Oh Tuhan, jika ada orang yang tidak suka melihatku bahagia, maka kurniakanlah dia kebahagiaan yang dapat membuatnya melupakan kebahagiaanku.” Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

rezeki, iri hati, bahagia, rakan, keluarga