Rupanya bukan panahan petir 'alat' bunuh syaitan


  • Mukmin
  • Jumaat, 26 Nov 2021

Petir bukan alat bunuh syaitan tapi untuk mentadbir awan,
APABILA bercakap tetntang ilmu berkaitan agama, amalan ataupun kepercayaan yang kita belajar pada kecil dahulu pasti banyak yang akan berkongsi pengalaman dan peristiwa yang mereka alami.

Baru-baru ini laman media sosial Twitter timbul persoalan dari pengguna Twitter yang menggunakan nama ainHJbr mengenai sambaran petir.

"Dulu cikgu cakap sambaran petir tu maksudnya ALLAH SWT tengah bunuh syaitan. Makin dekat petir tu makin banyak syaitan dekat kita. Betul ke ustaz?", soal ainHJbr kepada Ustaz Addien Abdul Kadir.

Addien ataupun nama Twitternya addien90s menjawab soalan perempuan itu dengan hantaran bebenang bagi menjelaskan perihal kepercayaan sambaran petir yang dikaitkan dengan syaitan.

"Tidak. Petir bukan alat bunuh syaitan tapi untuk mentadbir awan," jelas Addien.

ustaz addien
Ustaz Addien Abdul Kadir.


Tambahnya lagi Nabi berkata "Petir adalah salah satu daripada malaikat Allah yang ditugaskan untuk mengurus awan. Ditangannya ada cambuk berapi untuk menggerakkan awan." (Riwayat al-Tirmizi)

"Berdasarkan dalil yang sahih daripada Al-Quran, adapun yang digunakan untuk merejam syaitan ialah bintang-bintang. Bukan petir," katanya.

Addien yang juga merupakan seorang penulis buku menasihati adalah disunatkan kepada orang Islam untuk berdoa dan bertasbih ketika mendengar bunyi petir mahupun guruh.

سُبْحَانَ الَّذِي يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِهِ

Yang bermaksud "Maha suci Allah yang diucapkan tasbih oleh guruh dan malaikat dengan memuji-Nya, lantaran takut kepada-Nya," (Riwayat Malik no. 1801). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Petir, syaitan, ALLAH, kepercayaan, amalan, Islam