Pelik ada yang berdukacita dengan kematian musuh Islam


  • Mukmin
  • Ahad, 31 Okt 2021

RAKYAT Palestin mengangkat bendera negara itu ketika bantahan terhadap kekejaman Israel pada April 2018. —Gambar hiasan

KEGEMBIRAAN orang Islam apabila terbunuhnya orang yang bertanggungjawab terhadap kematian ribuan saudara Muslim yang lain adalah wajar dan bukan sesuatu yang pelik, kata Abu Omar Ismail Sulaiman.

Pendakwah bebas itu menjelaskan, sekiranya individu yang membunuh musuh Islam adalah daripada orang kafir, maka tiada masalah untuk umat Islam berasa gembira.

Memberi contoh situasi ketika zaman Rasulullah SAW, Abu Omar berkata, kaum Muslimin mengharapkan supaya Rom dapat mengalahkan Parsi, manakala kaum Musyrikin Makkah berharap supaya Parsi dapat Rom.

Hal ini disebabkan kaum Muslimin berasa lebih dekat dengan Rom yang terdiri daripada kalangan ahli kitab.

Pada masa sama, Abu Omar berkata, kaum Musyrikin Makkah berasa lebih dekat dengan orang-orang Parsi, yang terdiri daripada kalangan penyembah berhala.

"Selang beberapa tahun kemudian, Rom benar-benar mengalahkan Parsi dan kemenangan mereka ini disambut gembira oleh kaum Muslimin.

"Peristiwa ini diceritakan dalam al-Quran di awal surah ar-Rom," katanya menerusi blog Gerakan PENA Malaysia.

Namun, Abu Omar hairan apabila ada pihak yang berdukacita dengan kematian musuh Islam sehingga mengucapkan takziah.

"Mengapakah jadi begitu?

"Wallahualam, barangkali kesetiaannya lebih kepada kaum Syiah berbanding kaum Sunni itu sendiri.

"Sedangkan Syiah ialah pencela dan pengkafir Sahabat Rasulullah, musuh dalam selimut umat Islam yang saban hari membunuh orang Islam di Syria dan Iraq. Musang berbulu ayam mungkin," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Islam, musuh, gembira