Paksa anak dewasa lebih cepat antara silap ibu bapa


  • Mukmin
  • Ahad, 26 Sep 2021

ADA ibu bapa yang memaksa anak-anak mereka berpuasa seawal usia 4 tahun. —Agensi

SIKAP berbangga dengan pencapaian anak-anak hasil didikan ibu bapa adalah antara sesuatu yang baik, tanpa diselangi dengan perasaan riak.

Namun, penceramah bebas, Asma Harun berkata, antara kesilapan ibu bapa adalah menanam perasaan takut dan malu kepada manusia apabila anak mereka tidak mencapai kehendak atau kemahuan yang diharapkan.

Beliau berkata, terdapat segelintir ibu bapa yang memaksa anak mereka untuk menjadi dewasa dengan lebih cepat.

Katanya, ini termasuk memaksa anak yang berusia bermula 4 tahun untuk melakukan ibadah puasa.

“Lepas itu bangga kata ini cucu saya cukup puasa 30 hari tapi baru darjah satu. Tapi kerana kanak-kanak itu nak kejar duit (upah puasa) dan wan (nenek) berbangga dengan kawan sebaya dia, akhirnya anak itu berpotensi untuk menipu sebab budak ni tak faham sangat pasal puasa.

“Akhirnya dia masuk tandas dan minum air kerana wan dia jani kalau puasa penuh, dia diupah RM10,”

“Sedangkan Islam beratkan bab solat, itupun bermula umur 7 tahun. Tapi ramai mana ibu bapa beratkan qiamulail dan kejut tahajud umur 7 tahun. Bukan kata tak boleh tapi jangan buat dalam bentuk paksaan. Kalau budak tu nak, maka silakan,” katanya di laman YouTube.

Asma berkata, sehebat mana seseorang mempelajari kaedah mendidik anak, akhirnya mereka perlu kembali kepada kaedah pendidikan Rasulullah SAW dan orang soleh, yang mana terdapat penyelesaian kepada semua masalah.

Katanya, apabila ibu bapa bertawakal menyerahkan anak mereka dalam jagaan Allah SWT ketika mereka berjauhan, Allah SWT, akan menjaga anak tersebut.

Ini kerana Allah SWT bersifat Al-Hafiz atau Maha Pemelihara dan Penjaga segala sesuatu.

“Bila anak kita nak buat maksiat, Allah campak rasa berdosa dan rasa takut. Allah akan gagalkan perancangan untuk buat maksiat.

“Tapi hari ini kadang-kadang mengurangkan tawakal kita kepada Allah.

“Dulu-dulu ibu tiada telefon dan tak boleh berbual dengan anak, tak boleh berhubung. Akhirnya ibu ini sangat kuat berdoa kepada Allah untuk menjaga anaknya. Bila risau dia berdoa.

Membandingkan komunikasi ketika ini, katanya, ibu bapa masih boleh menghantar pesanan ringkas melalui telefon bimbit dan menyebabkan segelintir daripada ibu bapa kurang berdoa kepada Allah.

“Ibu tanya sihat tak, anak jawab sihat. Tanya je dapat jawapan jadi lega dan ini mengurangkan mereka berdoa kepada Allah.

“Sebab perhubungan direct ini mengurangkan perhubungan kita dengan Allah. Sebab kita terlalu direct. Bukan tak boleh tanya khabar anak, tapi jangan sampai mengurangkan hubungan kita dengan Allah SWT. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Asma, anak, ibu bapa