Hidup bahagia tanpa 'serabut' beban wang, 7 tip boleh dijadikan panduan, wanita muda jangan abai point 2


  • Sukses
  • Ahad, 19 Okt 2025

Wanita muda digalakkan menilai semula keutamaan hidup bagi memastikan setiap perbelanjaan memberi makna. — Gambar hiasan/Janaan AI

PADA usia awal 20-an, ramai menganggap urusan kewangan sekadar rutin seperti membeli barang dapur atau membayar bil setiap bulan tanpa memberi perhatian serius terhadap perancangan jangka panjang.

Namun, apabila berdepan situasi tidak dijangka seperti kenaikan sewa rumah, kos sara hidup meningkat atau krisis ekonomi akibat pandemik dan inflasi, barulah ramai mula sedar pentingnya pengurusan kewangan bijak.

Berpandukan pandangan pengasas aplikasi Altro, Michael Broughton, berikut antara tip boleh dijadikan panduan bagi wanita muda untuk mengurus wang dengan lebih teratur dan berkesan.

BACA LAGI: Bapa 5 anak kongsi kebaikan hidup menyewa, keluarga lebih bersederhana, sentiasa bersyukur

BACA LAGI: Inspirasi kartun 'Detective Conan', wanita tiru idea bijak 'balas' pembuli di sekolah rendah

Beautiful left-handed girl studying in cafe, taking down notes in notebook, solving exercise near laptop, female entrepreneur plan schedule as drink juice and enjoy co-working space atmosphere.

Merancang bajet berasaskan nilai diri membantu anak muda berbelanja lebih bijak dan mengutamakan keperluan sebenar. — Gambar hiasan/Freepik

1. Rancang bajet 

Ramai anak muda Generasi Z di Amerika Syarikat (AS) berbelanja melebihi kemampuan.

Kaedah bajet berasaskan nilai menekankan perbelanjaan untuk perkara yang benar-benar penting bagi diri sendiri dan mengurangkan yang tidak perlu.

Contohnya, utamakan makan bersama rakan berbanding menghadiri konsert atau pilih melancong dalam negara berbanding ke luar negara.

Dengan cara ini, anda berbelanja lebih sedar dan dapat menabung lebih banyak.

Tip kewangan: Jejaki perbelanjaan dan bezakan mana yang selaras dengan kemampuan kewangan anda.

2. Wujudkan beberapa tabung simpanan

Simpan wang seawal mungkin melalui akaun simpanan berfaedah tinggi atau dana persaraan yang disertai majikan.

Cipta beberapa 'tabung' seperti dana kecemasan sekurang-kurangnya tiga sehingga enam bulan perbelanjaan dan dana matlamat khusus seperti membeli kereta, rumah, bercuti atau berkahwin.

Tip kewangan: Tetapkan jumlah simpanan bulanan dan pindahkan terus ke akaun simpanan khas.

3. Fahami faktor mempengaruhi skor kredit

Skor kredit penting untuk mendapatkan pinjaman atau kadar faedah rendah.

Selain membayar bil tepat waktu, jaga kadar penggunaan kredit di bawah 30 peratus dan kekalkan akaun kredit lama.

Tip kewangan: Bina hubungan baik dengan bank dan urus kredit secara bertanggungjawab sejak awal.

Menetap bersama rakan boleh menjimatkan berbanding tinggal sendirian. — Gambar hiasan/Janaan AI

4. Menyewa bersama rakan lebih jimat

Kos sewa dan utiliti lebih rendah jika tinggal bersama rakan berbanding hidup seorang diri.

Ini membolehkan anda menyimpan lebih banyak untuk membeli rumah pada masa depan.

Tip kewangan: Timbangkan kos jangka pendek dengan matlamat jangka panjang sebelum memilih tempat tinggal.

5. Turun naik pasaran saham

Mulakan pelaburan awal walaupun jumlahnya kecil. Pasaran saham sentiasa berubah, jadi jangan panik jika nilai pelaburan menurun sementara.

Pelaburan jangka panjang biasanya memberi pulangan semula.

Tip kewangan: Labur secara konsisten dalam saham individu atau dana amanah dan elak melabur wang yang anda perlukan segera.

6. Manfaatkan peluang wang percuma

Gunakan produk kewangan yang memberi ganjaran seperti kad kredit ganjaran, akaun simpanan berfaedah tinggi dan sumbangan majikan kepada dana persaraan.

Pulangan faedah dan ganjaran kecil ini boleh menambah simpanan anda tanpa risiko besar.

Tip kewangan: Cari cara untuk mendapat pulangan daripada wang yang anda simpan dan belanjakan.

7. Elak banding kewangan dengan orang lain

Istilah money dysphoria menggambarkan rasa tidak yakin apabila membandingkan kewangan sendiri dengan orang lain.

Setiap orang ada perjalanan kewangan berbeza. Fokus pada kemajuan sendiri dan belajar daripada kesilapan.

Tip kewangan: Jangan takut menyesuaikan strategi, ambil risiko bijak dan rancang masa depan mengikut kemampuan.

Usia 20-an adalah masa untuk belajar mengurus wang dan membina tabiat kewangan sihat.

Kesilapan awal bukan kegagalan, tetapi pelajaran berharga untuk masa depan yang lebih stabil dan bebas kewangan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram