'Thank you Wana', sikap prihatin seorang wanita buat Ummi Nazeera tersentuh hati, lindungi belakang ada kesan 'datang bulan'


  • Maya
  • Isnin, 06 Okt 2025

Ummi Nazeera berkongsi pengalaman menyentuh hati tentang kebaikan spontan seorang wanita yang membantunya dengan penuh empati. — Instagram/Ummi Nazeera

KADANGKALA, kebaikan kecil yang hadir tanpa diduga mampu meninggalkan kesan yang besar di hati.

Begitulah yang dialami pelakon terkenal, Ummi Nazeera baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian menyentuh perasaan di laman Threads, Ummi menceritakan pengalaman manisnya ketika berada di sebuah premis Baskin Robbins di D’Pulze, Cyberjaya.

BACA LAGI: Laluan baharu muzium Mesir beri peluang pengunjung berjalan kaki terus ke Piramid Giza

BACA LAGI: Kasih Iris Leona beli kereta pertama, Proton eMAS 5 warna 'pink' sesuai dengan jiwanya

Menurut Ummi, seorang wanita yang tidak dikenali tiba-tiba datang menghampirinya dengan penuh sopan, lalu menutupi bahagian belakang bajunya dengan perlahan dan bertanya dengan lembut.

"You having period?" Perkongsian ringkas tetapi sarat makna itu membuatkan hati Ummi benar-benar tersentuh.

"My heart melted. Women supporting women, even strangers, that’s the kind of world I want to live in,” tulisnya penuh rasa syukur dan kagum.

Perkongsian tersebut segera mendapat sambutan hangat daripada pengguna media sosial yang tersentuh dengan momen penuh empati itu.

Ramai memuji tindakan spontan wanita berkenaan sebagai contoh keprihatinan sesama wanita yang wajar dicontohi.

Seorang pengguna, @diyananasir, menulis, "Ahh that's such a good way of asking about it, instead of directly stating the obvious... What a thoughtful lady! Alhamdulillah that Allah allowed you both to meet."

Sementara itu, pengguna lain turut mengakui kisah tersebut menyentuh hati mereka.

"My not-so-young-angry-woman's-heart also melted," tulis @lovenpeace4u_828, manakala @azzanoraleya menambah, "Perempuan kalau hal yang satu ini mesti akan cover each other kan."

Perkongsian ringkas tetapi bermakna itu mengingatkan ramai bahawa sokongan kecil antara wanita, walaupun daripada orang asing, mampu mencipta detik kemanusiaan yang indah dan penuh kasih.

Ummi Nazeera bukan asing lagi di mata peminat filem dan drama tempatan kerana kehebatannya menghidupkan pelbagai watak beremosi dan berlapis.

Ini termasuk dalam karya popular seperti Nur Kasih, Bisik Pada Langit, dan Nur 2.

Karakternya yang tenang dan bersahaja di luar layar turut menjadikan beliau antara figura wanita yang dihormati dalam industri hiburan tanah air. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram