Pembukaan semula butik Le Lumiere, ruang jauhari lebih mewah dan eksklusif


  • Gaya
  • Rabu, 10 Sep 2025

Ruang dalaman butik utama Le Lumiere yang kini berwajah baharu di The Gardens Mall, Kuala Lumpur. — Le Lumiere

JENAMA barang kemas mewah, Le Lumiere mengumumkan pembukaan semula butik utama mereka di The Gardens Mall, Kuala Lumpur sekali gus menandakan bab baharu dalam perjalanan jenama itu sebagai peneraju perhiasan berkualiti tinggi di Malaysia.

Pembukaan semula tersebut menegaskan komitmen Le Lumiere terhadap nilai terasnya iaitu penggunaan bahan yang diperoleh secara beretika serta pembuatan barang kemas dengan kepakaran tinggi.

Butik yang direka semula itu menampilkan ruang dalaman mewah dan moden, pada masa sama mengukuhkan kedudukan Le Lumiere sebagai jenama pilihan pelanggan tempatan.

BACA LAGI: Biasakan sambut ulang tahun perkahwinan sebagai tanda hargai diri, pasangan — Peguam Syarie

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kalau volume tv ditonton anak terlalu kuat jangan anggap perkara kecil', pakar kongsi balon Otovent bantu masalah pendengaran

LL Outlet Interior Moodshoot_v1

Butik utama Le Lumiere menampilkan rekaan moden dengan sentuhan mewah. — Le Lumiere

Majlis pelancaran telah berlangsung dalam suasana eksklusif dengan kehadiran tetamu kehormat, rakan kongsi jenama dan wakil media.

Acara dimulakan dengan upacara memotong reben oleh pasukan pengurusan Le Lumiere, menandakan pembukaan rasmi butik yang berwajah baharu itu.

Antara tarikan utama acara tersebut ialah pelancaran Jade Collection, koleksi yang hanya boleh didapati di butik utama Le Lumiere di pusat beli-belah berkenaan.

Butik Le Lumiere di The Gardens Mall menjadi lokasi utama pelancaran koleksi terbaharu. — Le Lumiere

Koleksi itu menampilkan rekaan berasaskan batu jed yang dikaitkan dengan makna kejayaan, keharmonian dan keindahan.

Ia diperkenalkan kepada tetamu melalui pertunjukan model secara langsung yang mempamerkan rekaan terbaru.

Salah satu rekaan yang mencuri perhatian ialah rantai Crown of Grace yang menggabungkan batu jed semula jadi dengan berlian istimewa Le Lumiere.

Reka bentuknya yang menyerupai mahkota melambangkan semangat, kemuliaan dan keanggunan abadi.

Selain itu, daripada Eternity Collection, rekaan Cascade of Time turut dipamerkan.

Wajah baharu butik selepas proses ubah suai yang memberi pengalaman membeli-belah lebih eksklusif. — Le Lumiere

Rantai itu menampilkan susunan berlian yang menyerupai ekor komet, melambangkan kesinambungan masa lalu, kini dan masa depan serta memberi penghormatan kepada keindahan tanpa yang kekal.

Ketua Pejabat Transformasi Le Lumiere, Ng Yi Jia berkata, pembukaan semula butik utama itu merupakan pencapaian penting dalam perjalanan jenama tersebut.

"Hari ini adalah pencapaian penting dalam perjalanan kami. Butik utama yang direka semula ini mencerminkan komitmen kami kepada pelanggan, bukan sahaja melalui rekaan tetapi juga pengalaman menyeluruh yang ditawarkan," katanya. 

Orang ramai dijemput mengunjungi butik utama Le Lumiere di lot F-233, tingkat 1 bagi melihat koleksi jade eksklusif bersama rangkaian rekaan lain yang tersedia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram