Awas lelaki 'preggophilia', ibu hamil elak kongsi gambar 'baby bump' di laman sosial


  • Bonda
  • Sabtu, 30 Ogos 2025

Kebanyakan wanita hamil hari ini gemar berkongsi foto baby bump di laman sosial. — Gambar hiasan/Freepik

FENOMENA preggophilia atau turut dikenali sebagai maiesiophilia, merujuk kepada tarikan seksual terhadap wanita hamil.

Dalam kajian psikologi, ia dikategorikan sebagai sejenis fetish iaitu kecenderungan seksual yang asing dalam dalam norma masyarakat biasa.

Namun, hal terbabit sering menimbulkan stigma bila mana masyarakat masih melihat wanita hamil semata-mata sebagai pembawa anak dan bukannya individu yang mempunyai daya tarikan seksual.

BACA LAGI: 'Bersyukur tinggal di Malaysia', 'miss cantik' rebah di dalam MRT dirawat hingga sedar, ramai prihatin

BACA LAGI: [VIDEO] Jiwa patriotik Kayla disemai sejak bayi, kostum 'Srikandi Pahang' serikan Hari Kebangsaan ke-68

Situasi itu boleh digambarkan menerusi perkongsian seorang wanita yang tampil mendedahkan identiti individu lelaki didakwa gemar mendekati golongan ibu hamil.

Menerusi tangkap layar di laman sosial, lelaki terbabit dilihat cuba bermesra-mesraan dengan wanita hamil yang memuat naik foto baby bump mereka di laman sosial.

Perspektif lelaki preggophilia

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Greg berkongsi pengalamannya apabila kecenderungan seksualnya terhadap wanita hamil sering disalah tafsir.

"Lelaki fikir ada sesuatu yang tidak kena dengan saya tetapi hakikatnya tubuh wanita yang sedang hamil berubah menjadi sesuatu indah dan jika suami mereka tidak dapat melihat keindahan itu, sebenarnya masyarakatlah yang telah mempengaruhi pandangan mereka," katanya.

Tambahnya, situasi itu berpunca daripada pandangan stereotaip bahawa kehamilan menjadikan tubuh wanita tidak lagi menarik dan rata-ratanya menyifatkan ia sebagai salah satu variasi tarikan semula jadi.

Pandangan mufti: Aurat dan batasan dalam Islam

Menurut pandangan mufti Wliayah Persekutuan, baby bump atau perut yang memboyot akibat kehamilan tetap termasuk dalam aurat wanita.

Justeru, ia wajib ditutup dengan pakaian longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh individu yang hamil.

Perlakuan menayangkan gambar perut hamil di media sosial tidak selari dengan etika ajaran Islam kerana boleh menimbulkan fitnah dalam kalangan lelaki ajnabi serta membuka ruang kepada masalah keruntuhan moral dan akhlak.

Menurut Khatib al-Syarbini, aurat diertikan sebagai apa-apa yang haram untuk dilihat. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/185).

Maka, aurat adalah bahagian tubuh wanita atau lelaki yang wajib ditutupi dan haram untuk dibuka atau diperlihatkan kepada orang lain.

Pada asasnya, hukum menutup aurat adalah wajib sepertimana yang telah disepakati oleh para ulama berdasarkan firman Allah SWT:

وقُل لِلمُؤمِناتِ يغضُضن مِن أبصارِهِن ويحفظن فُرُوجهُن ولا يُبدِين زِينتهُن إِلا ما ظهر مِنها

Maksudnya: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". Surah al-Nur (31)

Dalam pada itu, para ulama daripada mazhab Syafie menjelaskan, aurat wanita merangkumi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Oleh itu, menutup aurat bukan sahaja perintah agama, tetapi juga langkah melindungi maruah serta menjaga kesucian diri daripada pandangan yang tidak sepatutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram