Pempengaruh kecantikan tempatan akui keberkesanan produk ini, mampu cerahkan bahagian kulit gelap


  • Gaya
  • Sabtu, 09 Ogos 2025

Formulasi The Ordinary sesuai buat wanita atau lelaki, kepelbagaian pilihan untuk aneka produk yang bersesuaian dengan semua jenis kulit.

SEBILANGAN pempengaruh tempatan berkongsi secara terbuka mengenai bagaimana produk dari rangkaian The Ordinary berkesan mencerahkan bahagian kulit gelap seperti siku, lutut dan kawasan berpigmentasi.

Jika sebelum ini, peminat jenama terpaksa membeli secara dalam talian atau khidmat 'personal shopper', kini The Ordinary akhirnya membuka butik sulungnya di Malaysia. 

Malaysia sebagai lokasi pertama di Asia Tenggara untuk menempatkan butik kecantikan sulungnya, tahun ini sahaja dua cawangan telah dibuka di Mid Valley Megamall dan Pavilion Kuala Lumpur.

BACA LAGI: 'Saya hanya nak mereka jadi orang baik', Linda Jasmine mengaku tak mudah jaga 2 anak dara

BACA LAGI: [VIDEO] Suami hadiahkan Paris Hilton pesawat Gulfstream G450 Sliv Air tema merah jambu, ada pawagam 4K, sain ‘Paris xoxo’

Produk kesukaan pempengaruh 

Beberapa produk 'bestseller' seperti Niacinamide 10% + Zinc 1%, Alpha Arbutin 2% + HA dan AHA 30% + BHA 2% Peeling Solution menjadi tumpuan ramai sewaktu acara ini berlangsung.

Sebilangan pempengaruh tempatan berkongsi bagaimana produk-produk ini berkesan mencerahkan bahagian kulit gelap seperti siku, lutut dan kawasan berpigmentasi.

“Niacinamide The Ordinary memang game-changer! Dalam sebulan sahaja, tona kulit saya jadi lebih sekata, bahagian gelap semakin pudar,” akui @beauty_by_aini.

Kata @kremematters pula, “Alpha Arbutin + HA lembutkan tona saya, lutut dan siku rasa cerah. Terbaik untuk dark-skinned folks!

 

Tangkap layar komen pempengaruh, Dahlia Rizal dan pengikutnya mengenai keberkesanan The Ordinary mampu mencerahkan bahagian kulit gelap.

Kejayaan The Ordinary tidak dapat dipisahkan daripada ledakan popularitinya di TikTok. Video ulasan, tutorial dan eksperimen ‘before-after’ oleh pengguna dari seluruh dunia mendapat jutaan tontonan.

Trend seperti 'The Ordinary Skincare Hacks' dan 'Niacinamide Glow' menjadikan produk ini must-have dalam kalangan generasi muda yang mencari solusi berkesan dengan harga berpatutan.

Gabungan pendekatan telus, penekanan pada sains, harga mesra poket serta pemasaran organik melalui TikTok telah menjadikan The Ordinary bukan sekadar jenama, tetapi fenomena global.

Jenama penjagaan kulit global ini turut menganjurkan acara pop-up selama tiga hari, dari 1 hingga 3 Ogos lepas di APW, Bangsar bagi mendidik pengguna mengenai membawa falsafah sains dan pendekatan 'ingredient-first' yang dipelopori oleh The Ordinary. 

Pop-up di APW Bangsar ini membuktikan komuniti kecantikan di Malaysia semakin matang, bijak memilih dan sentiasa mencari produk yang bukan sahaja berkesan, tetapi juga diyakini keberhasilannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram