[VIDEO] Air bendi sebagai 'booster' kesihatan, Bella Khan kongsi manfaat, cara penyediaan


  • Sihat
  • Khamis, 24 Jul 2025

Khasiat air kacang bendi tidak rugi untuk dicuba.

PERSONALITI media sosial, Bella Khan, mencuri perhatian di Threads apabila berkongsi pengalamannya mencuba trend kesihatan terbaru iaitu meminum air bendi yang direndam semalaman.

Dalam video yang dikongsinya, walaupun nampak seakan sukar untuk menelan air berkenaan, Bella mengakui sudah mula merasai perubahan positif selepas hanya beberapa hari mencuba.

Pendedahan Bella membuatkan ramai pengikutnya turut sama mencuba meminum air rendaman bendi.

BACA LAGI: [VIDEO] Konten hanya lakonan, pemakanan Abang Aji dijaga rapi — Bapa

BACA LAGI: Simptom gejala penarikan kafein mungkin lebih ketara terhadap wanita — Pakar pemakanan

 

Apa itu air bendi?

Air bendi dihasilkan dengan merendam kacang bendi mentah dalam air semalaman dan diminum keesokan paginya.

Cara ini dikatakan membolehkan semua khasiat dari bendi ‘meresap’ ke dalam air—tanpa perlu memasak.

Minuman ini kini menjadi pilihan ramai yang ingin detox, memulihara kulit atau sekadar ikhtiar mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Dalam setiap 100 gram (g) bendi mentah, terdapat pelbagai nutrien penting yang menyokong kesihatan tubuh. Ia mengandungi hanya 33 kalori serta membekalkan 7.1g  karbohidrat, 3.2g serat dan 1.9g protein yang membantu dalam proses pencernaan serta memberikan rasa kenyang lebih lama. 

Selain itu, bendi kaya dengan mineral seperti 299 miligram (mg) kalium yang penting untuk keseimbangan elektrolit dan tekanan darah, serta magnesium (57mg) yang menyokong fungsi otot dan saraf. 

Ia juga mengandungi kaya vitamin C (23mg) yang memperkuat sistem imun, vitamin K (31mg) untuk kesihatan tulang dan pembekuan darah, serta 60 mikrogram folat yang sangat penting untuk pembentukan sel darah merah dan perkembangan janin bagi wanita hamil.

Apa manfaat air bendi?

1.⁠ ⁠Bantu kawal gula darah

Kajian haiwan menunjukkan air bendi mungkin bantu menstabilkan gula dalam darah. Namun, untuk manusia, bukti saintifik masih dalam kajian.

2.⁠ ⁠Melancarkan pencernaan

Kaya serat dan bantu hidrasi, gabungan terbaik untuk sistem penghadaman yang lancar dan sihat.

3.⁠ ⁠Kulit lebih berseri

Vitamin A bantu lawan radang kulit, sementara Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan lindungi kulit daripada sinaran UV. 

4.⁠ ⁠Tulang kuat, badan cergas

Bendi mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin K, semua nutrien penting untuk kesihatan tulang.

5.⁠ ⁠Dipercayai memudahkan bersalin

Walaupun tiada bukti klinikal kukuh, ramai ibu hamil percaya air bendi boleh bantu proses bersalin lebih mudah. Kandungan folatnya juga penting untuk perkembangan bayi.

Air bendi memang menarik sebagai booster tambahan dalam rutin kesihatan harian. Walaubagaimanapun, pakar kesihatan mengingatkan, amalan ini masih bersifat tradisional dan belum cukup disokong oleh bukti saintifik.

Jadi, tidak salah mencuba, cuma pastikan ia sebahagian daripada gaya hidup sihat secara keseluruhan—bukan jalan pintas kesihatan.

Nak lebih sedap? Tambahkan perahan lemon atau halia segar untuk rasa yang lebih menyegarkan! — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram