
SETIAP jenis bedak asas adalah berbeza dari segi kemasan, tahap litupan dan formula. Malah, proses memilih tona juga tidak semudah yang disangka. Silap pilih, bercapuklah muka!
BACA LAGI: Warna ceria, corak meriah, Bayu Somerset beri ruang penggemar fesyen bereksperimen
BACA LAGI: Dari Palembang ke pentas dunia, Dian Pelangi angkat fesyen Muslimah ke tahap global
Bagi memudahkan pencarian anda, berikut lima cadangan bedak asas terhangat yang baru sahaja memasuki pasaran.
1. Sephora Collection, Reveal the Real Soft Radiant Skin Tint, RM95 (30ml)
Tekstur ringan dan cair yang meluncur sekata untuk kemasan semula jadi. Merujuk pada kaji selidik dalam kalangan pengguna, 97 peratus berasa formula ini sangat selesa dipakai. Kulit wajah kelihatan lembut hingga 12 jam, litupan membantu meratakan tekstur dan mengaburkan liang pori.
Dari kiri; Patrick Ta, Fenty Beauty dan Rare Beauty.
2. Fenty Beauty Soft’Lit Luminous Foundation, RM210 (32ml)
Litupan sederhana, kemasannya tampak semula jadi. Mampu mengunci lembapan sehingga 12 jam, pigmennya kuat sehingga boleh mengaburkan cela dan seterusnya menyerlahkan tona kulit yang diingini. Formulasi berasaskan vegan dan hadir dalam rangkaian tona inklusif serta sesuai untuk semua jenis kulit.
3. Rare Beauty True To Myself Tinted Pressed Finishing Powder, RM166 (8g)
Bedak asas bertekstur sehalus sutera dengan kemasan matte lembut. Ia mampu mengurangkan visual liang pori, mengawal kulit berkilat tanpa mengering. Seramai 94 peratus pengguna setuju bedak asas ini selesa dipakai kerana teksturnya tidak bercapuk, tampak seperti kulit asli dan mampu bertahan sehingga 12 jam.
4. Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Foundation, RM235
Litupan nipis bedak asas ini boleh dibina secara berlapis untuk mendapatkan tona sekata yang nampak sihat malah berseri. Dipacu dengan formulasi 7-dalam-1 termasuk Biomimetic Second-Skin Tech serta Phyto Youth Essence, produk ini melembap, melicin dan berkeupayaan bertahan sehingga 24 jam.
5. Patrick Ta Major Skin Crème Foundation & Finishing Powder Duo, RM255
Bedak asas dalam bentuk kompak serbaguna bertindak sebagai bahan litupan sederhana untuk kunci solekan yang tahan lama. Melembap sambil mengaburkan cela, produk ini mengawal efek kulit berkilat, memastikan solekan kekal kemas dan sesuai bagi semua jenis kulit. Pilihan tona juga lebih luas dan inklusif.
Semua produk ini tersedia di cawangan Sephora di seluruh negara. Dapatkan bantuan pakar kecantikan Sephora untuk menentukan tona dan formula paling ideal buat anda. Selamat mencuba! — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram