Uniform paling 'stylish' di awan biru, pramugari Riyadh Air bergaya dalam rekaan Ashi Studio


  • Gaya
  • Jumaat, 20 Jun 2025

Pakaian krew kabin Riyadh Air menggabungkan aspek keanggunan, keselesaan dan praktikal bagi memberi layanan bertaraf dunia.

RIYADH Air bakal mencipta sejarah dalam dunia penerbangan dan fesyen dengan memperkenalkan seragam kru kabin paling bergaya setakat ini, hasil rekaan pereka fesyen tersohor dari Arab Saudi, Ashi.

Kolaborasi ini bukan sekadar memperkenalkan pakaian kerja, ia adalah manifestasi gaya hidup mewah, inovasi dan identiti masa depan yang dibawa oleh syarikat penerbangan baharu ini.

Seragam ini bukan sekadar cantik di mata, ia direka dengan penuh ketelitian untuk mencerminkan pendekatan dinamik Riyadh Air dalam menawarkan pengalaman penerbangan yang berbeza dan terkini.

BACA LAGI: ‘She means business!’, ini 6 rekaan kasut setiap wanita bekerjaya perlu ada

BACA LAGI: Wanita 'insecure' gara-gara tak pernah tunjuk wajah tanpa mekap depan bakal suami, patutkah solekan jadi pengukur cinta?

Padanan fesyen berkelas tinggi dengan fungsi praktikal menandakan era baharu dalam dunia penerbangan.

Ashi, figura ikonik dalam dunia fesyen Arab, bukan nama asing. Pada 2023, beliau menjadi pereka dari Teluk pertama menyertai Fédération de la Haute Couture di Paris dan disenaraikan dalam BoF 500 sebagai antara individu paling berpengaruh dalam industri fesyen global.

Kerjayanya merentas benua, namun identitinya tetap terpahat sebagai simbol kebanggaan Arab Saudi, dengan rekaan yang pernah digayakan selebriti dan kerabat diraja ternama.

MJ portal lead image - 3

Bukan sekadar tampil bergaya, kru kabin Riyadh Air juga akan merasa selesa dan yakin dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu mereka.

Rekaan seragam ini akan mengikuti piawaian tinggi seperti yang ditampilkan dalam rekaan pesawat dwiliveri Riyadh Air sebelum ini. Bersifat elegan dan moden, ia juga menyampaikan mesej kemajuan Arab Saudi yang dinamik.

Dengan pelancaran sulung penerbangannya pada 2025, Riyadh Air terus memperkukuh visinya untuk merevolusi pengalaman penerbangan premium. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram