
"YA ALLAH… anak saya salah satu dalam bas tu. Kami dalam perjalanan ke Hospital Gerik… tolong doakan anak saya Fakhrul Arif selamat.”
Itu luahan sayu seorang ibu, Yusmaimi Yusof sejurus dimaklumkan anaknya antara penumpang bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terlibat dalam kemalangan tragis awal pagi Isnin.
Namun, harapannya melihat anaknya masih bernyawa tidak kesampaian apabila mengetahui permata hati itu disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang meragut 15 nyawa di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.
BACA LAGI: Nak beli rumah pertama? Ketahui 10 tip ini untuk elak tersilap langkah dan menyesal kemudian hari
BACA LAGI: Lepas 'berhijrah' ke Pulau Siargao, Ben Amir buka Rasa Siargao perkenal masakan Malaysia
Perkhabaran duka mengenai pemergian mangsa dimaklumkan oleh seorang wanita, Yusnoor Aida Yusoof di laman Facebook.
“Sedekahkan al-Fatihah. Anak Kak Yusmaimi, Fakhrul Arif sudah tiada. Kak Yusmaimi dalam perjalanan ke Hospital Gerik," tulisnya.
Menurut maklumat awal, kemalangan berlaku kira-kira pukul 1.10 pagi membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.
Pihak Hospital Gerik menerima panggilan kecemasan sebelum memaklumkan kepada pasukan penyelamat.
Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik bersama empat anggota digerakkan ke lokasi dan tiba pada pukul 2.11 pagi.
Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati bas berkenaan terbalik selepas bertembung dengan Perodua Alza.
Beberapa mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala yang lain dilaporkan mengalami kecederaan serius.
Setakat ini, proses pengecaman mangsa sedang dijalankan dan siasatan berhubung punca kemalangan masih diteruskan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram