
KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberi jaminan operasi perkhidmatan tren berjalan seperti biasa, meskipun kawasan Segamat, Johor dilanda beberapa siri gegaran kecil baru-baru ini.
Pengurus Kanan Wilayah Selatan KTMB, Salim Misdi berkata, pihaknya menempatkan pegawai khas bencana bagi memantau situasi dan menilai risiko di semua lokasi operasi.
“Di Segamat, KTMB mengendalikan stesen utama dan stesen pemakan (feeder station) yang dipantau rapi.
BACA LAGI : Pestabola Merdeka, UiTM antara 4 sejarah penting berlaku di bulan Kebangsaan
Sekiranya berlaku insiden luar jangka, penumpang akan dimaklumkan lebih awal mengenai penutupan stesen, pembatalan atau kelewatan perjalanan,” katanya ketika ditemui di Stesen Keretapi Kluang pada Sabtu.
Menurutnya, pegawai terlatih bersedia mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan penumpang serta kelancaran operasi.
“Setakat ini, perkhidmatan KTMB tidak terjejas dan Stesen Segamat disahkan selamat. Namun, kami terus merujuk pihak berkuasa untuk perkembangan terkini,” ujarnya.
Segamat dilaporkan mengalami beberapa gegaran kecil baru-baru ini, mencetuskan kebimbangan penduduk dan mendorong pihak berkuasa meningkatkan pemantauan di kawasan terlibat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram