Amir Hamzah jalankan tugas Menteri Ekonomi, diarah olah dan rombak intipati RMK13


  • Massa
  • Jumaat, 27 Jun 2025

Keputusan memilih Amir Hamzah untuk menyandang tugas itu dipersetujui Anwar Ibrahim.

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perkara tersebut dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar lbrahim dan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

“Tugas utama Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai depan.

BACA LAGI: Nik Nazmi kunci mulut, Rafizi kemas pejabat

BACA LAGI: Peletakan jawatan: Selamat maju jaya Rafizi, Nik Nazmi masih diberi peluang — PM Anwar

PUTRAJAYA, 23 Dis -- Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli pada sidang media mengenai penerbitan Harga Indeks Harga Pengguna November 2022 di Unit Perancang Ekonomi, Menara Prisma, Presint 3 hari ini.-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Rafizi sudah menghantar surat peletakan jawatan dan kini sedang menghabiskan cuti tahunan.

"Perdana Menteri memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pada Rabu bahawa beliau bersetuju supaya Amir Hamzah menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta merta," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi pada 27 Mei lalu sebelum berkuat kuasa 17 Jun dan akan menghabiskan cuti tahunan sehingga tarikh akhir tersebut.

Selain itu, Nik Nazmi mengumumkan menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa pada 4 Julai depan di mana sedang bercuti hingga 3 Julai.

Sebelum ini, Anwar menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Rafizi dan Nik Nazmi dan bersetuju meluluskan permohonan cuti mereka.

Bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden PKR itu dilaporkan membuat keputusan tersebut selepas masing-masing gagal mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan parti sebelum ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram