CEO Batu dibebaskan dengan jaminan polis, masih disiasat ikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017


  • Kes
  • Selasa, 27 Mei 2025

CEO Batu tampil menyerah diri kepada pihak berkuasa susulan siasatan berkaitan dakwaan menghantar mesej berbaur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada Khamis minggu lalu.

PEMPENGARUH media sosial CEO Batu yang disiasat berhubung hantaran mesej berunsur lucah terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa. 

Memetik laporan Kosmo!, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan perkara itu.

"Kes masih dalam siasatan dan lelaki berusia 22 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini," katanya pada Selasa. 

BACA LAGI : Terpalit kontroversi hantar mesej tak senonoh kepada budak bawah umur, CEO Batu ditahan polis Gombak

BACA LAGI : [VIDEO] Orang awam jadi hero, bekerjasama dengan suami mangsa cekup peragut di Rawang

Sebelum ini, polis menahan reman Mohd Iqbal atau lebih dikenali sebagai CEO Batu empat hari sehingga Isnin sebelum dilanjutkan sehari lagi.

Pempengaruh itu diberkas selepas ibu mangsa membuat laporan kepada pihaknya Khamis minggu lalu. 

Siasatan awal polis mendapati suspek menghantar beberapa imej tidak senonoh dan mesej berunsur seksual kepada mangsa sejak awal bulan ini menerusi aplikasi media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram