
SATU kemalangan ngeri dilaporkan berlaku melibatkan sebuah lori sampah dan kereta Perodua Myvi di Jalan Gunung, Kulai, Johor sekitar tengah hari Jumaat.
Dalam kejadian tersebut, lori sampah terbabit dipercayai terbalik dan menghempap kereta itu.
Akibat daripada kemalangan tersebut, separuh daripada Perodua Myvi berkenaan dilihat musnah sepenuhnya akibat dihempap oleh kenderaan berat terbabit.
Video mengenai kejadian tersebut tular selepas ia dimuat naik oleh akaun Facebook, Community Roda Johor - CRJ.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Bagaimanapun, status kecederaan pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan terlibat tidak dapat dipastikan.
Setakat laporan ini ditulis, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kemalangan yang berlaku.
Dalam pada itu, di ruangan komen terdapat warganet mendakwa lori sampah yang melalui kawasan tersebut dipercayai kerap memandu dengan laju terutamanya pada waktu pagi.
"Lori sampah biasa pagi-pagi memang laju...Macam kena kejar hantu. Kalau pagi lagilah," kata Suhilah Sue.
"Jalan ini kalau jatuh bahu jalan nak naik balik dalam keadaan laju confirm terbalik," tulis Razlan Lan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram