
SUASANA raya bertukar sayu buat ahli keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Teloi Timur-Kampung Merbau Kudung, Sik, Kedah pada 25 Mac lalu.
Ia selepas video dikongsikan seorang ahli keluarga pasangan suami isteri, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan Intan Suraya Zaidi, 24, di akaun TikTok @fathi_zaidi.
Lebih memilukan apabila melihat beberapa gambar yang disertakan dalam hantaran tersebut.
Gambar itu juga memaparkan sepasang baju raya yang seharusnya dipakai oleh arwah Lokman Hakim dan Intan Suraya pada satu Syawal.
"Kami tunaikan permintaan kak long nak pakai soft green (hijau lembut). Al-Fatihah buat kak long dan abang Akim. Berdamailah pasangan syurga di sana," tulisnya.
Terdahulu, pasangan suami isteri itu dilaporkan maut selepas sahaja selesai merakamkan gambar kenangan mereka berdua sempena Hari Raya Aidilfitri di studio dekat Baling, Kedah.
Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu Lokman Hakim bagaimanapun hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.
Impak daripada pelanggaran itu, mayat pasangan itu tersepit di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.
Kedua-dua mangsa juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram