[VIDEO] Masih terkenang budi baik, majikan Malaysia sefamili sanggup terbang jauh jumpa bekas pembantu rumah di Indonesia


  • Benua
  • Isnin, 17 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan detik pertemuan majikan warga Malaysia dan bekas pembantu rumahnya di Indonesia.

HUBUNGAN akrab antara sekeluarga majikan warga Malaysia dan pembantu rumahnya dari Indonesia kini meraih perhatian ramai.

Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, majikan tersebut sanggup terbang ke Indonesia untuk bertemu dengan bekas pembantu rumahnya.

Lebih mengharukan apabila melihat kemesraan mereka meskipun wanita Indonesia itu sudah tiga tahun berhenti bekerja.

BACA LAGI: Buat ‘eyelash lifting’ harus cuma jangan sampai tabaruj! Guna inai pun dianggap berlebih-lebihan

BACA LAGI: Demi kesejahteraan mental, wanita perlu berani keluar zon penderaan elak risiko kemurungan

Dalam video sama, pembantu rumah terbabit dilihat berlari keluar sambil menggendong bayi selepas melihat kedatangan majikannya.

Dia dengan pantas menyambut mereka sekeluarga yang terbang dari Malaysia.

Mereka juga saling berpelukan dan menangis ketika bertemu.

Momen itu sekali gus membuatkan rata-rata warganet sebak dan gembira apabila melihat hubungan baik antara dua wakil negara bersatu.

"Itulah gunanya adab, mereka dirawat dengan baik pasti selalu ingat yang diperlakukan ibu itu tetapi tidak semuanya boleh bertindak seperti ini," komen @adityanugraha.

"Dapat majikan yang selalu peduli ya, walaupun sudah lama berpisah tetapi masih ingat," tambah @aldrhmtdr.

Video itu sekali gus menjadi contoh kepada para majikan untuk lebih prihatin terhadap pekerjanya walaupun sekian lama tidak bekerja bersama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram