SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap aset Allahyarham Tun Daim Zainuddin akan diteruskan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, meskipun Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan bekas Menteri Kewangan itu selepas kematian beliau, siasatan pihaknya masih berjalan.
Ia dibuat berdasarkan Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
BACA LAGI: [VIDEO] Daim bebas tuduhan gagal isytihar harta
BACA LAGI: Berilah tempat buat Daim sebagai pejuang bangsa — Tun M
"Siasatan juga dibuat terhadap Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid serta anggota keluarga yang lain. Proses ini akan memberi tumpuan terhadap aset di luar negara.
"Usaha menjejak aliran wang di luar negara masih dalam siasatan bersama agensi antarabangsa," katanya.
Siasatan SPRM juga akan bertumpu kepada aset Allahyarham di luar negara.
Kenyataan itu dikeluarkan SPRM selepas terdapat kekeliruan daripada orang ramai bahawa siasatan terhadap Allahyarham tidak akan diteruskan.
Pada 29 Januari lalu, Daim didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan gagal mengisytiharkan aset.
Mengikut kertas pertuduhan, Daim sengaja memberikan kenyataan bertulis secara bersumpah yang tidak mematuhi syarat notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM yang mana beliau tidak mengisytiharkan aset yang termasuk akaun bank, tujuh kereta mewah, 38 syarikat dan 25 tanah serta hartanah sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 13 Disember tahun lalu.
Beliau meninggal dunia pada 13 November pada usia 86 tahun. — The Star/JUSTIN ZACK
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram