SEORANG pemandu e-hailing menempuh detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas ke dalam tasik berhampiran pusat beli-belah The Mines, Seri Kembangan, Selangor pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, kejadian berlaku di laluan berhampiran The Heritage dalam kawasan itu yang membabitkan seorang pemandu wanita kira-kira pukul 3.30 petang.
"Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan untuk mengambil penumpang di Aestetica Residence di mana keadaan ketika itu hujan lebat.
"Ketika melalui lokasi kejadian mangsa mendakwa keadaan air bertakung dan cuaca hujan membuatkan dia tidak perasan lalu tiba-tiba terbabas ke dalam tasik," katanya dalam sebuah kenyataan.
@kakdiamond78 Kami dapat Tau drive dapat keluar...huhu..semoga tabah menghadapi dugaan ya. #intanismail #kakdiamond78 #teacherlife #themines #mines ♬ original sound - Kak Diamond Channel
Bagaimanapun, wanita berusia 49 tahun itu sempat keluar melalui tingkap bahagian pemandu sebelum kereta berkenaan tenggelam sepenuhnya.
Mujur tidak lama kemudian, AA Anbalagan berkata, mangsa diselamatkan oleh sebuah bot yang berada di kawasan tasik terbabit.
Menerusi hantaran di media sosial, seorang pengguna, Intan Ismail memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan kejadian itu dekat pusat beli-belah terbabit.
Rakaman tersebut meraih lebih 30,000 tontonan dan disukai oleh hampir lebih 10,000 pengguna. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram