[VIDEO] Lebih 100 rumah Kuala Kedah dilanda fenomena air pasang besar


  • Massa
  • Jumaat, 18 Okt 2024

Lebih100 rumah di Taman Seri Putra, Kuala Kedah, Kedah dilanda banjir pada Jumaat.

LEBIH 100 rumah di Taman Seri Putra, Kuala Kedah, Kedah dilanda banjir akibat fenomena air pasang tinggi pada awal pagi Jumaat.

Beberapa kawasan di Kuala Kedah terutamanya yang berdekatan dengan laut ditenggelami air setinggi kira-kira 0.5 meter (m) sejak Khamis tengah malam.

Difahamkan, penduduk di kawasan terjejas telah bersedia dengan memindahkan barang-barang mereka ke tempat yang lebih tinggi.

BACA LAGI: Pernah hampir lemas, jurufoto wanita bertahun-tahun elak laut angkara fobia sebelum kembali mencipta nama

BACA LAGI: [VIDEO] 'Sherpa bukan sekadar pandu arah, kami adalah perintis', Nima Rinji jadi individu termuda tawan 14 puncak tertinggi di dunia

Air mula surut sekitar pukul 2.30 pagi Khamis, namun pihak berkuasa menasihatkan penduduk untuk tetap berwaspada.

Susulan itu, lima pusat pemindahan sementara di dua daerah di Kedah masih beroperasi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri (APM), Mejar Mohd Suhaimi Mohd Zain berkata, sehingga pukul 8 pagi Jumaat, 618 mangsa masih berada di pusat-pusat tersebut.

Mereka ditempatkan di Dewan Kompleks Rakan Sukan dan SMK Pendang di Pendang; serta SMK Alor Merah, SK Sri Gunong dan SMK Simpang Kuala di Kota Setar.

Di Kuala Perlis, tujuh keluarga dari Kampung Baru telah dipindahkan ke pusat pemindahan setelah rumah mereka tenggelam akibat fenomena air pasang tinggi.

Pegawai Operasi APM Perlis, Kapten Saifuddin Abdullah berkata, mangsa termasuk dua warga emas ditempatkan di Institut Kemahiran Bina Negara, Kuala Perlis.

"Pusat pemindahan itu diaktifkan kira-kira pukul 2.30 pagi selepas paras air mencecah 3.6m," katanya.

Sementara itu, di Pulau Pinang, air pasang dijangka mencecah 2.5m pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada Jumaat.

Kawasan rendah dan pantai dijangka banjir jika hujan lebat berterusan.

Sehingga Jumaat tengah hari, beberapa bahagian di Pulau Pinang mengalami hujan lebat tetapi tiada banjir dilaporkan setakat ini. — The Star/IMRAN HILMY

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram