Wanita muda parah, Honda Accord terjunam dari tingkat satu parkir menara di KL


  • 112
  • Jumaat, 01 Mac 2024

Keadaan sebuah kereta yang terbalik selepas terjunam dari tingkat satu parkir Menara TA One, Kuala Lumpur pada Jumaat. — JBPM

SEORANG wanita cedera parah apabila kereta dipandunya terjunam dari tingkat satu kawasan parkir Menara TA One, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, kejadian berlaku pada pukul 1.05 tengah hari.

photo_6273860094970151357_x

Pengadang di parkir tersebut yang pecah akibat kejadian itu. — JBPM

Menurutnya, sebanyak dua jentera bomba dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta 15 anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Apabila tiba, mereka mendapati sebuah kereta terbalik dengan bumbungnya yang remuk.

"Seorang wanita dalam kenderaan itu mengalami kecederaan di kepala dan lututnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, mangsa sudah diberi pertolongan cemas dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala punca kejadian dikatakan masih dalam siasatan polis. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram