Covid-19: IPT diminta tunggu arahan dan nasihat KKM


  • Berita
  • Isnin, 18 Dis 2023

Orang ramai mula mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi mengelakkan penularan Covid-19 terutamanya di sekitar tempat awam. — Bernama

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi langkah pencegahan penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, sebarang nasihat dan arahan daripada KKM sepatutnya dijadikan panduan untuk IPT bagi melaksanakan langkah-langkah yang seterusnya.

"Saya telah maklumkan beberapa hari lalu, iaitu apa pun tindakan yang hendak dilakukan oleh pihak universiti, hendaklah berasaskan kepada apa yang dimaklumkan atau diarah oleh KKM.

"Apa-apa pun kita bergantung apa yang disebut mereka (KKM), saya tak boleh keluarkan kenyataan berkaitan dengan hal ehwal kesihatan,” katanya kepada media selepas majlis penutup Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 Edisi ke-24 pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan untuk mengadakan sesi pembelajaran secara dalam talian susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Covid-19, Pelajar, Wabak, IPTA, IPTS, Zambry Abd Kadir, KKM