Barisan Kabinet baru tiada faktor 'wow' — Ketua Penerangan Bersatu


  • Primer
  • Selasa, 12 Dis 2023

Razali Idris berkata, seorang teknokrat seperti Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mungkin berasa dilema jika beliau tidak tunduk kepada tuntutan politik Perdana Menteri.— Bernama

TIADA 'faktor wow' dalam Kabinet yang dirombak kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi Menteri Kewangan.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, seorang teknokrat seperti Menteri Kewangan II baharu, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mungkin berasa dilema jika beliau tidak tunduk kepada tuntutan politik Perdana Menteri.

"Walaupun ada Menteri Kewangan II, kuasa mutlak masih ada pada Menteri Kewangan. Ini mungkin menyebabkan pertindihan kuasa dan arahan (daripada dua menteri) yang akan membawa kepada birokrasi kuasa - sakit kepala bagi Kementerian Kewangan.

“Walaupun Amir mungkin mempunyai rekod kejayaan bersama GLC seperti Tenaga Nasional Berhad, Petronas dan Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja itu perlu mempunyai kemahuan yang kuat untuk berdepan dengan ahli politik dalam kerajaan yang kini dianggotainya.

"Tiada faktor wow dalam Kabinet yang dirombak. Kami akan tunggu untuk melihat yang lama dan yang baru bersatu," kata Razali.

Perkara itu disampaikan selepas barisan kabinet baharu yang diumumkan Anwar pada pagi Selasa. — TheStar

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram