ROMBAKAN Kabinet yang sebelum ini menjadi tanda tanya dan spekulasi orang ramai dijangka akan dilaksanakan pada 12 Disember (Selasa).
Menurut sumber, rombakan tersebut akan melibatkan beberapa kementerian.
Sumber berkata, beberapa ahli parlimen kanan yang sebelum ini berkhidmat sebagai menteri mungkin kembali, sementara beberapa Ahli Parlimen mungkin membuat penampilan sulung sebagai menteri.
Difahamkan, menteri baharu juga akan dimaklumkan mengenai raptai yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada pada Selasa.
Anwar Ibrahim yang sudah setahun menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10. — Bernama
"Pengumuman rasmi akan dibuat sebelum angkat sumpah pada pukul 3 petang," katanya.
Sementara itu, rombakan tersebut berlaku setahun selepas Kerajaan Perpaduan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, ia dilaporkan akan turut membantu mengukuhkan kerajaan selepas kecaman teruk yang dilontarkan kepada beberapa menteri disebabkan prestasi yang kurang cemerlang sebelum ini. — The Star/Wong Chun Wai
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram