KPM digesa siasat sekolah Putrajaya jemput penceramah motivasi guna konten lawak lucah


  • Tular
  • Khamis, 07 Dis 2023

KPM diseru agar menyiasat aduan sebuah sekolah di Putrajaya yang menjemput penceramah dengan tindakan tidak bermoral terhadap pelajar bawah umur. — Gambar hiasan

KEMENTERIAN Pendidikan digesa menyiasat dakwaan berhubung tindakan sebuah sekolah di Putrajaya menjemput seorang penceramah motivasi yang yang menggunakan pengisian lawak berbaur lucah ketika menjalankan aktiviti itu bersama pelajar.

Dakwaan itu disuarakan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Twitter (X) @nzranasr pada Khamis yang memetik kenyataan salah seorang pelajar yang hadir pada sesi ceramah tersebut.

Pelajar itu mendakwa sesi tersebut dipenuhi dengan lawak yang menjijikkan dan lucah sedangkan akvititi itu melibatkan pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun.

Bukan itu sahaja, hantaran tersebut juga disertakan dengan tangkapan skrin mesej diberikan oleh pelajar terbabit yang kelihatan dalam ketakutan selepas kejadian itu.

msg1050426791-19905

Permulaan mesej yang diberikan oleh pelajar tersebut. — Twitter

Dalam mesej tersebut, pelajar itu menjelaskan satu persatu perkara yang berlaku ketika ceramah itu diadakan.

"Dia arahkan kami untuk lakukan senaman dahulu dan perlu urut bahu kawan di hadapan tetapi kemudiannya dia berkata 'baik, sekarang letak tangan dekat perut pula. Pegang perut je jangan pegang dada'.

"Kemudian, dia cakap 'eh besarnya kau punya, kecilnya aku punya'," tulisnya.

Tambahnya lagi, bermula daripada arahan tersebut, dia sudah berasa tidak selesa dan mengesyaki bahawa penceramah itu melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selain itu, dia turut berkongsi tentang perkara yang lebih teruk terjadi pada sesi yang seterusnya sekali gus membuatkan pelajar berkenaan lebih yakin dengan perbuatan terkutuk penceramah tersebut.

msg1050426791-19906

Tangkapan skrin mesej memaparkan perkara yang berlaku dalam ceramah itu. — Twitter

Bagaimanapun, melalui perbualan mesej itu, pelajar terbabit dilihat takut dan bimbang untuk membuat sebarang aduan berhubung kejadian.

Namun, pemilik akaun X itu secara pantas menggesa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar melakukan siasatan lanjut berkenaan kejadian yang tidak seharusnya berlaku di sekolah.

Katanya, dia juga telah meminta agar pelajar yang menghantar mesej tersebut untuk membuat aduan di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan berharap agar tindakan selanjutnya dapat dilakukan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram