Budak autistik 6 tahun tak boleh bercakap, lengkap beruniform sekolah masih hilang


  • Tular
  • Selasa, 05 Dis 2023

Zayn Rayyan lengkap dengan seragam sekolah yang masih gagal ditemui sejak tengah hari pada Selasa. — Facebook

SEORANG kanak-kanak lelaki autistik berusia enam tahun dilaporkan hilang sejak tengah hari pada Selasa.

Menurut ibunya, anaknya yang bernama Zayn Rayyan yang lengkap berpakaian seragam sekolah sehingga kini masih gagal ditemui, lapor The Malaya Post.

Dalam pada itu, ibu mangsa juga sempat berkongsi informasi terperinci bersertakan sekeping gambar anak lelakinya di Facebook.

“Assalamualaikum, minta tolong jika ada ternampak anak saya seperti dalam gambar, anak saya hilang dari tengahari tadi.

msg1050426791-19832

Gambar penuh Zayn sebelum hilang pada Selasa. — Facebook

“Jika ternampak sila hubungi nombor seperti di bawah. Anak saya OKU, autisme. Dia tak boleh bercakap. Jika nampak sila pegang dia dahulu ya, terus hubungi saya, terima kasih.

"Ketinggian: 120 cm, pakaian semasa hilang: baju sekolah berkolar putih, berseluar hitam dan berkasut sekolah (sama seperti dalam gambar, lencana sekolah Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2, Petaling Jaya, Selangor (SKDD2)," tulisnya.

Dalam pada itu, dia turut meminta pertolongan orang ramai agar menghubungi dua nombor yang dikongsikannya itu.

"Hubungi bapa: 011-51687158 dan hubungi ibu di talian 011-33119578," tulisnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Kommisiner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak istimewa itu pada pukul 6.36 petang Selasa.

"Zayn Rayyan Abdul Matii kali terakhir berada di rumah beralamat Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada 12 tengah hari.

"Kanak-kanak lelaki berkenaan (kali terakhir) dilihat memakai baju kemeja-T putih berkolar berlencana SK Damansara Damai 2, berseluar sukan hitam dan kasut sekolah hitam,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi mangsa supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram