[VIDEO] Warga asing selamba gotong-royong buka warung di Johor, penduduk gesa PBT bertindak


  • Tular
  • Sabtu, 25 Nov 2023

Tangkap layar video memaparkan beberapa warga asing sedang membina tapak warung untuk berniaga di Johor baru-baru ini.

BEBERAPA orang lelaki warga asing dipercayai bergotong-royong membina sebuah warung di sebuah tapak kosong di kawasan perindustrian Indah Gemilang, Ulu Tiram, Johor baru-baru ini.

Menerusi video tular sejak Sabtu, warga asing tersebut dilihat sedang bertungkus-lumus menyusun beberapa batang kayu untuk dijadikan sebuah tapak warung.

Difahamkan, mereka bertindak sedemikian kerana mahu berniaga ketika waktu cuti.

Dalam video sama, kedengaran juga perakam berborak dengan salah seorang daripada mereka dan mendapati kayu-kayu tersebut diambil daripada sebuah kilang kayu tempat mereka bekerja.

Melalui video yang dimuat naik di Instagram @info.pati.haram pada Khamis, warga asing berkenaan dilihat seolah-olah tidak kisah untuk melanggar peraturan perniagaan di Malaysia.

"Banyak cantik betul, main langgar je undang-undang negara kita, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tunggu apa lagi?," tulis pengguna tersebut di kapsyen videonya.

Pada masa sama, perkara tersebut nampaknya mengundang kecaman dan kemarahan warganet kerana dilihat seolah-olah tidak adil.

"Warga asing buat boleh. Warga asing jangan berani-berani buat," tulis Abdul Hafiz Azam.

"Warga asing buat apa pun tak ada masalah, ini kan Malaysia, syurga warga asing. Jangan orang tempatan yang buat, mesti diroboh la jawapannya," komen @azmanali9655.

Bagaimanapun, belum ada sebarang tindakan dan kenyataan dibuat oleh pihak PBT berhubung kejadian itu.

Sementara itu, PBT sebelum ini juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak pernah membenarkan mana-mana warga asing untuk memohon atau memiliki lesen premis perniagaan kedai runcit, kedai makan, bengkel kereta dan pasar selaras dengan Undang-Undang Kecil (UUK) Penjaja.

Namun, isu tersebut nampaknya tidak dapat dibendung lagi kerana masih ada segelintir warga asing yang degil untuk mematuhi undang-undang di Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram