PM Anwar tak pernah cakap Hamas sebagai organisasi pengganas, dakwaan CLJ satu sindiran


Anwar tidak pernah menganggap Hamas sebagai satu organisasi pengganas. — Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengkategorikan Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

"Mana ada kenyataan baru-baru ini. Mana ada dia cakap, walaupun di Parlimen.

"Ini (dakwaan CLJ) satu sindiran, beliau tidak pernah menyindir (sedemikian). Kita mengutuk semua tindakan keganasan,” kata Fahmi yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan kepada media Malaysia mengenai kenyataan Concerned Lawyers for Justice (CLJ).

Dalam satu kenyataan, CLJ mendakwa Anwar telah menyindir bahawa Hamas merupakan sebuah organisasi pengganas dan menyuarakan kekecewaan mereka terhadap perkara tersebut.

"Kami meminta Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mempertimbangkan dengan teliti implikasi kenyataannya dan menganggap perkara tersebut dengan perspektif yang seimbang dan berlandaskan fakta,” menurut kenyataan CLJ.

Fahmi kini di San Francisco merupakan antara delegasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-30, yang berakhir pada Jumaat. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan