
SEORANG pendaki Australia yang mengalami sindrom akut gunung (AMS) terpaksa dibawa turun dari Gunung Kinabalu dalam kejadian pada Sabtu (11 November).
Untuk rekod, AMS merupakan sindrom mabuk gunung yang mana ia satu keadaan yang menyebabkan pendaki sukar untuk bernafas ekoran kekurangan oksigen di dalam tubuh badan.
Pendaki wanita berusia 24 tahun itu dibantu oleh pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) Jabatan Bomba dan Penyelamat dari rumah rehat Laban Rata.
Jurucakap jabatan memaklumkan, mereka terdahulu menerima panggilan daripada malim gunung yang melaporkan seorang pendaki mengalami AMS teruk dan demam di rumah rehat itu pada 9.30 pagi.
"Pasukan Mosar dan malim gunung kemudian membantu wanita itu dengan menggendong mangsa ke pintu Timpohon (pintu masuk utama ke denai puncak)," katanya.
Tambahnya, wanita itu kemudian diserahkan kepada ambulans untuk tindakan seterusnya.
Operasi tamat pada pukul 1.56 petang. — The Star/ DURIE RAINER FONG
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram