[VIDEO] Jalan licin dipercayai punca penunggang hilang kawalan sebelum rempuh lori di Yong Peng-Parit Sulong


  • Tular
  • Jumaat, 10 Nov 2023

Tangkap layar video memaparkan penunggang motosikal selepas merempuh sebuah lori ketika menuruni bukit di jalan Yong Peng-Parit Sulong, Johor pada Jumaat.

SATU kemalangan maut berlaku melibatkan sebuah motosikal dan lori di jalan berbukit di Yong Peng-Parit Sulong, Johor pada Jumaat.

Menerusi video dashcam yang dimuat naik di Twitter @nanmanjoi8715, seorang penunggang motosikal dilihat hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori jenis treler ketika menuruni jalan berbukit tersebut.

Dalam video sama, lori terbabit berada di laluan jalan bertentangan ketika insiden itu berlaku.

Melalui video tersebut, penunggang motosikal berkenaan turut dilihat tercampak ke tepi kawasan semak dan dipercayai maut akibat rempuhan tersebut.

Kejadian itu berlaku hujan lebat dan berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh orang awam, keadaan jalan yang licin mungkin menjadi punca penunggang tersebut hilang kawalan.

"Area sini memang kerap kemalangan, jalan dia memang bahaya lagi-lagi masa hujan," komen Hairi Hafiz Hashim.

Namun, ada warga maya yang mengatakan bahawa kejadian berpunca daripada tayar motosikal mangsa yang dilihat tiba-tiba pecah ketika kejadian.

"Macam tayar motor pecah," tulis Wukuf Di Arafah.

Bagaimanapun, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram