Menteri Kesihatan sahkan Najib Razak terima rawatan Covid-19 di HKL


  • Primer
  • Khamis, 02 Nov 2023

Najib kini menerima rawatan di HKL gara-gara jangkitan Covid-19.

MENTERI Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke hospital.

“Saya hanya boleh mengesahkan kemasukan beliau ke hospital tapi rawatan, penyakit dan sebagainya, itu adalah sulit,” katanya pada sidang media di Parlimen pada Khamis.

Pegawai khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata, Najib telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas disahkan positif Covid-19.

Menurut Mukhlis, Najib dihantar ke HKL sejak 31 Oktober lepas selepas mengadu demam.

“Setelah diperiksa oleh pakar, Najib didapati menghidap Covid-19,” kata Mukhlis ketika dihubungi pada Khamis.

Mukhlis berkata, Najib kini berada dalam keadaan stabil dan dikuarantin serta dirawat di HKL.

“Mewakili keluarga Najib, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Penjara Kajang dan HKL kerana cepat memberi rawatan kepada Najib,” kata Mukhlis.

Pada masa ini, Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang. — TheStar/ RAGANANTHINI VETHASALAM, MARTIN CARVALHO dan TARRENCE TAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram