[VIDEO] Anak muda Melayu sokong DAP meningkat — Syahredza


  • Politik
  • Isnin, 30 Okt 2023

Syahredzan berkata, tiada isu kegusaran dalam kalangan pengundi Melayu jika ada yang memahami kerangka sekular yang diperjuangkan DAP.

PARTI DAP tidak sama sekali menafikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan walaupun parti itu menggunakan agenda kerangka sekular yang diperjuangkan sebelum ini.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Syahredzan Johan menjelaskan tiada isu kegusaran dalam kalangan pengundi Melayu jika ada yang memahami kerangka sekular yang diperjuangkan DAP, kerana perkara itu tetap menjunjung Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi.

Merujuk kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas, Syahredzan berkata, sokongan anak muda Melayu terhadap parti DAP dilihat semakin meningkat.

Hal ini bermakna DAP sudah mula mendapat sokongan dalam kalangan orang Melayu, walaupun sokongan ini mengambil proses yang lama untuk mendapat kepercayaan mereka.

Justeru, Syahredzan berkata, DAP tidak pernah mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang sedia ada di dalam negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram