[VIDEO] Proton Iswara terputus, pemandu maut lepas tercampak ke bahu jalan


  • 112
  • Khamis, 19 Okt 2023

Farah Nabihan maut selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya terputus dua pada Rabu. — Facebook

SEORANG wanita maut apabila kereta Proton Iswara yang dipandunya terputus dua selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil, Baling, Kedah pada Rabu.

Mangsa, Farah Nabihan Mohamad, 37, yang juga penyelia dewan makan Maktab Mahmud Baling meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada pukul 5 petang yang membabitkan dua kenderaan terbabit.

WhatsApp Image 2023-10-19 at 9.35.35 AM

Wajah mangsa, Farah Nabihan Mohamad yang maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kedah pada Rabu. — Facebook

Beliau berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kenderaan pikap yang dipandu lelaki berusia 57 tahun bersama penumpangnya, seorang wanita berusia 54 tahun datang dari arah Kuala Ketil menghala ke Parit Panjang.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Proton Saga Iswara yang dipandu mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan Toyota Hilux berkenaan dalam kedudukan melintang.

"Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu kenderaan pikap itu tidak sempat mengelak lalu melanggar di bahagian hadapan sebelah kiri Proton Saga Iswara berkenaan menyebabkan ia terputus dua," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

WhatsApp Image 2023-10-19 at 9.23.34 AM

Kereta Proton Iswara yang terputus dua selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Shamsudin berkata, akibat kemalangan itu, pemandu kereta Proton Iswara Aeroback itu tercampak ke sebelah kiri jalan dan mengalami cedera parah.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang hadapan kenderaan pikap itu hanya mengalami luka di bahagian dahi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram