Bantuan Awal Persekolahan RM150 dibayar Januari 2024


  • Primer
  • Isnin, 16 Okt 2023

Kerajaan peruntukkan RM788.13 juta kepada setiap murid secara sekali bayar bagi tujuan Bantuan Awal Persekolahan bermula Januari 2024. — Bernama

SEBANYAK RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada Jumaat lalu, diperuntukkan khusus untuk tujuan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Kementerian dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar) yang akan disalurkan bermula Januari 2024, memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.

"Bayaran akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing,” menurut kenyataan itu susulan kebimbangan sesetengah pihak tentang ketiadaan BAP dalam pengumuman Belanjawan 2024 seperti dilaporkan media.

Kpm menjelaskan BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang.

Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web khas https://belanjawan.mof.gov.my/ms/ bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung Belanjawan 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram