[VIDEO] Polis kesan dua lelaki bergaduh di stesen minyak di Kok Lanas


  • 112
  • Ahad, 24 Sep 2023

Tangkap layar video memaparkan dua orang lelaki bergaduh di hadapan pintu masuk kedai sebuah stesen minyak di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan baru-baru ini

POLIS mengesan dua lelaki yang terlibat dalam pergaduhan di hadapan pintu masuk kedai sebuah stesen minyak di Kok Lanas, Ketereh, Kelantan baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis mengesan kejadian itu pada Sabtu kira-kira pukul 10.30 pagi melalui video yang dimuat naik oleh seorang individu di satu platform media sosial.

"Kejadian kira-kira pukul 11 malam Rabu itu melibatkan dua suspek dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua mereka.

“Difahamkan, dua suspek itu bergaduh dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua mereka.

"Video berdurasi 14 saat itu memaparkan dua lelaki sedang bertumbuk disaksikan beberapa pekerja stesen minyak berkenaan.

"Kedua-dua suspek berumur dalam lingkungan awal 20-an manakala seorang lagi lewat 30-an," katanya melalui kenyataan di Facebook pada Ahad.

Tambahnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan atau boleh menghubungi Inspektor Nur Rabiatul Nabilah Rebinor di talian 012-8772106 atau 09-7752200 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram