Pulau Silikon PSI di Penang bakal mulakan pembinaan, apa yang perlu diketahui?


  • Massa
  • Sabtu, 02 Sep 2023

Pembinaan Pulau Silikon (kawasan dalam garisan kotak hitam) melibatkan kawasan seluas 930.8 hektar.

KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Jumaat mengumumkan bahawa Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek Pulau Silikon di bawah Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) sudah menerima kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kon Yeow berkata, keputusan yang diterima pada 21 Julai lalu itu merupakan susulan daripada kelulusan yang diperolehi terhadap Laporan Kajian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) untuk projek tambakan pulau buatan terbabit pada 11 April lepas.

Katanya, dengan perkembangan tersebut, kerja-kerja persediaan awal tambakan bagi projek tersebut bakal dimulakan pada Jumaat.

Pembangunan bagi pulau tersebut bakal dilaksanakan dalam dua fasa dengan waktu keseluruhan diperlukan untuk menyiapkan kerja-kerja tambakan adalah antara 10 hingga 15 tahun.

Untuk rekod, Pulau Silikon atau dipanggil Pulau A merupakan satu-satunya pulau yang diteruskan pelaksanaannya di bawah PSI.

Chief Operating Officer of Design Village Outlet Mall Andy Song (second left) handing over a RM50k mock check to Festival Director of George Town Festival (GTF) Jack Wong (right) witnessing by Penang Chief Minister Chow Kon Yeow (center) after announcement of George Town Festival 2023 at Level 28 Komtar in George Town.  ( June 26,2023 ). —ZHAFARAN NASIB/The Star

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Ia selepas Kerajaan Pulau Pinang pada Mei lalu memutuskan untuk mengurangkan skala pembinaan projek kepada sebanyak 49 peratus sekali gus menyaksikan pembatalan dua lagi pembangunan pulau yang berada dalam perancangan awal projek berkenaan iaitu Pulau B dan Pulau C.

Dengan perkembangan itu juga, saiz Pulau Silikon turut dikecilkan daripada 1,821 hektar kepada 930.8 hektar.

Pengurangan skala itu dilakukan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar pihak kerajaan negeri mengkaji semula pelaksanaannya termasuk dengan mengambil kira keperluan mengecilkan skop pembangunan kawasan terlibat.

Ini kerana Kerajaan Persekutuan dilaporkan menerima keluhan mengenai pelaksanaan projek tersebut yang menganggu kawasan pencarian hasil nelayan yang berada dalam ruang lingkup pelaksanaannya.

Pada awalnya, dilaporkan sebanyak 496 orang nelayan bakal terjejas ekoran daripada projek berkenaan membabitkan empat unit kawasan.

Bagaimanapun, jumlah yang terjejas itu berkurangan kepada 115 nelayan dan hanya membabitkan kepada mereka yang berada di Kampung Permatang Tepi Laut.

Menyentuh mengenai perkara itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan memberikan bayaran ex-gratia kepada komuniti nelayan yang terkesan.

Katanya, 75 peratus daripada bayaran itu mula dikreditkan pada Jumaat manakala bakinya akan disampaikan pada awal tahun 2024.

Pembangunan projek Pulau Silikon yang direka bentuk berdasarkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dilaporkan bakal menjadi pemangkin ekonomi dan tarikan pelancongan baharu bagi Pulau Pinang.

Pembangunan yang dirancang di atasnya meliputi dua kawasan perniagaan utama dikenali sebagai Green Tech Park (GTP) dan Heart of the Island (Hoti) yang disasarkan bakal menarik pelaburan berimpak tinggi.

2055153

Pembangunan projek Pulau Silikon yang direka bentuk berdasarkan prinsip ESG dilapor bakal menjadi pemangkin ekonomi dan tarikan pelancongan baharu bagi Pulau Pinang.

GTP difahamkan bakal menampilkan kemudahan penyelidikan dan reka bentuk, infrastruktur teknologi digital, e-dagang dan penyumberluaran proses perniagaan.

Pada masa sama, Pulau Silikon juga akan kekal sebagai tapak depoh bagi Transit Aliran Ringan (LRT) dengan keluasan 24.3 hektar.

Projek PSI yang sebelum ini dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR) merupakan satu projek mega melibatkan tambakan bagi mewujudkan tiga pulau dengan keluasan 1,821 hektar di kawasan selatan Pulau Pinang.

Projek tersebut yang mula diperkenalkan pada 2015 merupakan modul pembiayaan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) bernilai RM46 bilion. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram