[VIDEO] Tidak tahu apa punca, pemandu Honda City kena 'balun' tepi jalan raya


  • Tular
  • Isnin, 14 Ogos 2023

Tangkap layar seorang penunggang motosikal menumbuk pengguna jalan raya yang lain di sebuah jalan raya baru-baru ini.

TULAR satu video memaparkan seorang pemandu ditumbuk seorang pengguna jalan raya baru-baru ini ditumbuk oleh seorang penunggang motosikal di tepi jalan.

Melalui video tular yang dimuat naik di laman Facebook Update Semasa pada Ahad itu memaparkan kedua-dua individu berkenaan bergaduh di lokasi yang tidak dinyatakan.

"Balun (pukul) dulu, baru bincang ke ini?," tulis pentadbir laman Facebook tersebut.

Menerusi video berdurasi 28 saat itu memaparkan berlaku perang mulut diantara pemandu kenderaan jenis Honda City dan penunggang motosikal berkenaan.

Keadaan menjadi lebih tegang selepas penunggang motosikal itu dilihat seperti naik hantu dan terus menumbuk pemandu berkenaan.

Penunggang motosikal tersebut juga bertindak membuka pintu kenderaan itu dan meminta pemandu berkenaan untuk keluar.

Kemudian kelihatan pemandu itu memegang bahagian kepalanya, dipercayai mengalami kesakitan akibat ditumbuk lelaki terbabit.

Selang beberapa saat kemudian, pemandu itu masuk semula ke dalam kereta dan tidak dapat dipastikan kesudahan lanjut kejadian itu.

Setakat berita ini ditulis, belum dapat dipastikan punca sebenar pergaduhan itu berlaku dan belum ada sebarang kenyataan daripada kedua-dua individeu berkenaan mahupun pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram