Altimet hadapi satu lawan satu di DUN Lembah Jaya


  • Politik
  • Sabtu, 29 Jul 2023

Altimet dan Mohd Kamri ketika hadir menyerahkan borang penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Pilihan Raya Negeri Dewan Dato Ahmad Razali pada Sabtu. — Bernama

CALON Kerajaan Perpaduan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N20 Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN) daripada PAS, Sharifah Haslizah Syed Ariffin, sempena Pilihan Raya Negeri ke-15, 12 Ogos depan.

Altimet yang Ketua Cabang PKR Lembah Jaya terdahulu tiba di pekarangan Dewan Dato Razali bersama 1,000 penyokong daripada Kerajaan Perpaduan bersama pencadang Rozmi Humaidi Zainal Abidin dan penyokong Abdul Mutalib Ibrahim.

Rapper terkenal dengan lagu Aduh Malaysia itu tiba dengan memakai baju Melayu serba merah dalam satu perarakan sambil melaungkan perkataan 'Reformasi'.

Altimet, 45, membuat kejutan apabila diumumkan bertanding kerusi itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram