Najib minta bersihkan namanya berhubung RM2.6 bilion dalam akaun peribadi — Zeti


Zeti (kanan) hadir bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes 1MDB melibatkan Najib di Mahkamah Tinggi pada Khamis. — Bernama

BEKAS Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memberitahu Mahkamah Tinggi pada Khamis bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak memintanya membersihkan nama beliau berhubung RM2.6 bilion yang ada dalam akaun bank peribadinya.

Bagaimanapun, Zeti berkata, beliau enggan mematuhi permintaan Najib kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang akaun bank milik bekas perdana menteri itu.

"Saya dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri. Beliau (Najib) meminta saya untuk mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung akaun banknya.

"Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana saya tidak mempunyai pengetahuan tentang transaksi yang telah berlaku dalam akaunnya. Beliau menerima keputusan saya,” kata Zeti, saksi pendakwaan ke-46, pada perbicaraan Najib yang menghadapi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas gabenor itu berkata, tidak lama selepas mesyuarat itu, beliau menerima panggilan daripada seorang menteri yang membuat permintaan yang sama untuk beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian dan beliau telah memberikan jawapan yang sama.

Zeti, 76, yang menjadi gabenor BNM selama 16 tahun sejak 2000 memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu mengenai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib pada masa itu.

KUALA LUMPUR, 26 Julai -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi sambungan prosiding perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Zeti memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu mengenai RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib pada masa itu. — Bernama

"Mengenai dakwaan yang dibuat oleh Najib semasa temu bualnya dengan Malaysiakini yang disiarkan pada 2 Julai 2018, di mana beliau mendakwa bahawa saya mengetahui tentang RM2.6 bilion dalam akaunnya di AmIslamic Bank Berhad dan bahawa saya tidak membangkitkan sebarang soalan mengenainya, saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa saya tidak mengetahui transaksi yang dilakukan dalam akaunnya pada masa itu,” katanya.

Zeti menjelaskan bahawa semua pemegang akaun dalam sistem kewangan dilindungi oleh peruntukan kerahsiaan perbankan dalam perundangan, justeru, tiada sesiapa boleh mengakses mana-mana akaun melainkan institusi kewangan berkenaan mengesan aktiviti yang mencurigakan dalam akaun dan melaporkannya kepada bank pusat.

Beliau berkata, dakwaan yang dibuat oleh Najib adalah palsu kerana pada masa itu, beliau tidak tahu bahawa jumlah RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun bekas menteri kewangan itu dan dana itu milik 1MDB.

Zeti yang berkhidmat dengan bank pusat itu selama 35 tahun berkata, kebimbangan utama pada masa itu ialah AmBank tidak melaporkan kepada BNM mengenai lebih 500 transaksi berkaitan akaun itu yang mencurigakan atau tidak teratur seperti yang dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

"Susulan siasatan, AmBank mengakui mengenai tiada pendedahan ini, laporan palsu dan kegagalannya dalam pematuhan peraturan berhemat.

KUALA LUMPUR, 27 Julai -- Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hadir bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi hari ini.Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Zeti memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Group tidak pernah menyebut tentang sebarang derma yang akan disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di bank itu. — Bernama

"AmBank membayar penalti tertinggi dalam sejarah kami berjumlah RM59 juta dan juga dikehendaki memperuntukkan sekurang-kurangnya RM100 juta untuk tindakan pemulihan bagi mengukuhkan sistem dalamannya bagi pematuhan pencegahan pengubahan wang haram/mencegah pembiayaan keganasan," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Zeti memberitahu mahkamah bahawa tiada seorang pun dalam keluarganya pernah mengambil wang 1MDB.

Ahmad Akram: Daripada semua transaksi ini, adakah kamu atau ahli keluarga kamu menerima sebarang faedah daripada 1MDB?

Zeti: Tiada seorang pun daripada ahli keluarga saya menerima atau mengambil wang 1MDB, walaupun satu sen.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan dihadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 14 Ogos.

KUALA LUMPUR, 26 Julai -- Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini selepas hadir sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pada masa sama, Zeti memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas Pengarah Urusan Kumpulan AmBank Group tidak pernah menyebut tentang sebarang derma yang akan disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di bank itu.

Zeti berkata, Cheah Tek Kuang mengunjunginya di BNM pada 28 Jan 2011 dan memaklumkan bahawa Najib, yang ketika itu Perdana Menteri, membuka akaun dengan AmIslamic Bank Berhad dan memaklumkan bahawa akaunnya akan dirujuk dalam kod untuk ROMS (Sistem Pemantauan Operasi Ringgit).

Semasa membaca pernyataan saksinya, Zeti, saksi pendakwaan ke-46 berkata, walaupun akaun itu dikodkan sebagai 'AmPrivate Banking - MR' untuk ROMS, pembukaan akaun itu mematuhi peraturan yang ditetapkan, iaitu semua akaun peribadi yang dibuka oleh pemegang akaun mestilah di bawah nama pemegang akaun seperti yang dinyatakan dalam kad pengenalan dan bukan dengan nama lain.

"Tiada apa-apa lagi yang dibincangkan dan pertemuan itu singkat. Sepanjang pertemuan itu, Cheah tidak pernah menyebut sebarang derma yang akan disalurkan ke dalam akaun ini.

"Enam minggu kemudian, Cheah mengeluarkan surat bertarikh 22 Mac 2011 kepada Timbalan Gabenor (ketika itu) Nor Shamsiah Mohd Yunus dan surat hasrat dilampirkan untuk derma yang dijanjikan daripada Saud Abdulaziz Majid AL Saud yang bertarikh 1 Feb 2011 kepada Najib,” kata beliau.

Menurut bekas gabenor BNM itu, selepas menerima surat daripada Cheah pada 22 Mac 2011, tiada maklumat lanjut mengenai akaun Najib diterima daripada Ambank dan tiada maklumat mengenai dana yang telah dihantar ke akaun itu atau dana tersebut tidak teratur atau mencurigakan.

"Seterusnya, dalam surat kepada BNM bertarikh 20 Jun 2013, Najib telah memohon kelulusan FEA (Pentadbiran Pertukaran Asing) untuk meminda jumlah sehingga RM2.26 bilion dalam akaun semasa MYRnya kepada USD bagi tujuan pemulangan/pengiriman keseluruhan jumlah.

"Dalam suratnya, beliau mengisytiharkan dana itu sebagai derma dan hadiah peribadi yang belum digunakan yang diterimanya. Berdasarkan surat ini, bagi dana yang dimiliki oleh pemegang akaun seperti yang telah diisytiharkan dalam surat itu, tiada kelulusan diperlukan di bawah peraturan FEA,” katanya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram