ANGGOTA penyelamat menemui satu daripada dua mayat yang masih hilang dalam kejadian kepala air di air terjun Air Putih di Kemaman, Terengganu pada Ahad lalu.
Menurut polis, mayat yang dipercayai seorang lelaki itu ditemui pada pukul 9.20 pagi Jumaat di Sektor A kawasan operasi mencari dan menyelamat.
Dua mangsa yang sebelum ini direkodkan masih hilang ialah Putri Nur Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24, dari Batu Pahat, Johor.
Tragedi yang berlaku pada Ahad itu melibatkan 10 mangsa dengan sembilan daripadanya merupakan satu keluarga dari Felda Lepar Hilir, Pahang. — The Star
MENYUSUL...
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
