Polis periksa klinik kesan wanita buang bayi baru lahir di lantai kedai ayam


  • 112
  • Khamis, 06 Jul 2023

Bayi perempuan yang ditemui di kedai menjual ayam di Jalan Air Putih. — Facebook

SEORANG bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemukan di sebuah kedai menjual ayam di Jabor Kubor, Jalan Air Putih di Chukai, Terengganu pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bayi yang masih hidup dan bertali pusat itu ditemukan di atas lantai kedai oleh pemiliknya pada kira-kira pukul 7.50 pagi, ketika mahu memulakan perniagaan.

Beliau berkata, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Kemaman oleh anggota polis untuk rawatan dan siasatan lanjut.

"Bayi tersebut dilahirkan dalam keadaan sempurna dan dianggarkan berusia antara tiga hingga empat hari berdasarkan keadaan tali pusat," katanya pada sidang media di Balai Polis Air Putih.

Hanyan berkata, pihaknya menghubungi klinik dan membuat pemeriksaan di klinik swasta untuk mengesan individu yang terlibat.

"Kita telah mengarahkan semua klinik swasta supaya memaklumkan kepada polis atau pihak berkuasa sekiranya ada maklumat berkaitan pesakit wanita yang baru bersalin.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram