Selangor tidak buat sebarang keputusan tingkatkan tarif air


  • Podium
  • Selasa, 04 Jul 2023

Amirudin berkata, ia berikutan tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri.

KERAJAAN Selangor menegaskan tidak membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di negeri ini, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata, ia berikutan tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri.

"Kerajaan Selangor komited untuk memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan.

Fokus utama pentadbiran ini adalah untuk menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Amirudin berkata demikian bagi mengulas mengenai beberapa laporan berita yang mendakwa bahawa tarif air di Lembah Klang akan meningkat tahun ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram